Utusan Borneo (Sarawak)

Coleman dipintas di garisan penamat

Atlet pecut AS itu di tempat kedua acara 200 meter dengan masa 20.10 saat

-

SACRAMENTO: Pelari pecut Christian Coleman mengalami kekalahan mengejut dalam acara 200 meter apabila kejutan mendominas­i hari terakhir Pertanding­an Kelayakan Kejohanan Dunia Amerika Syarikat (AS) di sini Ahad lepas.

Coleman, atlet berusia 21 tahun yang dilihat sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam acara pecut di Amerika, dipintas di garisan penamat oleh Ameer Webb di Stadium Hornet, Sacramento.

Ia merupakan kekalahan kedua yang mengecewak­an bagi Coleman, yang ditewaskan dalam perlumbaan akhir acara 100 meter oleh veteran Justin Gatlin pada Jumaat lepas.

Coleman, lelaki terpantas di dunia pada tahun ini dalam acara 100 meter selepas mencatatka­n 9.82 saat pada awal bulan ini, hanya mampu merekodkan 20.10 saat, dan Webb meluru ke hadapan dalam masa 20.09 saat. Elijah HallThomps­on menduduki tempat ketiga dalam masa 20.21 saat.

“Hujung minggu ini ternyata panjang,” kata Coleman kemudian.

“Saya rasa kaki saya ketat sedikit dekat penamat – tetapi tiada alasan, perlumbaan itu hebat sekali,” ujarnya.

Saya rasa kaki saya ketat sedikit dekat penamat – tetapi tiada alasan, perlumbaan itu hebat sekali. Christian Coleman Atlet pecut AS

Perlumbaan itu sebelum itu sudah kehilangan atlet remaja Noah Lyles, yang menarik diri akibat hamstring yang sakit sebelum perlumbaan.

Satu lagi kejutan berlaku dalam acara 200 meter wanita, di mana atlet pilihan Tori Bowie dikalahkan oleh atlet muda Deajah Stevens.

Larian Bowie kelihatan sempurna di selekoh tetapi Stevens mempamerka­n pecutan yang cemerlang dalam jarak 50 meter terakhir untuk meluru ke depan dan mencecah pita dalam masa 22.30 saat.

Kimberlyn Duncan menduduki tempat kedua dalam masa 22.59 saat manakala Bowie di tempat ketiga dengan masa 22.60 saat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKUR: Coleman sedang bersaing dalam final acara 200 meter pada Pertanding­an Kelayakan Kejohanan Dunia AS di Stadium Hornet, Sacramento, California.
— Gambar AFP AKUR: Coleman sedang bersaing dalam final acara 200 meter pada Pertanding­an Kelayakan Kejohanan Dunia AS di Stadium Hornet, Sacramento, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia