Utusan Borneo (Sarawak)

Formula Satu: Ricciardo naik podium

-

BAKU: Senyuman terkenal Daniel Ricciardo begitu lebar sekali kelmarin apabila dia menyertai dua lagi pemandu yang gembira di atas podium yang tidak dijangkaka­n di Grand Prix Azerbaijan.

Pelumba berusia 27 tahun dari Australia itu mengakui dia tidak dapat percaya bahawa dia telah menang dan ketawa dengan gembira di dalam kereta Red Bull yang dipandunya selepas memenangi perlumbaan.

“Saya benar- benar tidak dapat mempercaya­inya – ia adalah perlumbaan yang gila,” katanya. “Saya sejujurnya terkelu lidah kemudian dan ketika melakukan pusingan bertenang, saya ketawa seperti seorang budak sekolah yang kecil.

“Adakah saya pernah fikir yang saya akan menang? Tidak sama sekali, tetapi ini adalah perlumbaan yang kami jangkakan pada tahun lepas dengan semua Kereta Keselamata­n dan huru-hara.

“Saya tahu saya mesti mengelak masalah dan melakukan perlumbaan saya sendiri dan ia ternyata berkesan pada hari ini.”

Ricciardo menamatkan perlumbaan di hadapan pemandu Finland Valtteri Bottas dari pasukan Mercedes dan remaja Kanada Lance Stroll dari pasukan Williams.

Stroll dengan itu menaiki podium buat pertama kalinya selepas masalah yang tidak dijangkaka­n berlaku kepada pendahulu kejuaraan dunia di tempat keempat Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari dan juara tiga kali, Lewis Hamilton dari pasukan Mer- cedes.

Ricciardo memulakan perlumbaan dari tempat ke-10 di atas grid dan berada di tempat ke-17 selepas enam pusingan, tetapi dia perlahan- lahan maju ke depan untuk memenangi kemenangan karier kelimanya dan pertama pada tahun ini.

“Saya tahu podium itu adalah satu peluang selepas perlumbaan dimulakan lagi, dan kemudian mendengar mengenai masalah untuk Lewis (Hamilton) dan Seb (Vettel).” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK MANIS: Pelumba Red Bull, Ricciardo (dua kanan) bersama pemenang yang lain memberikan ‘pose’ di atas podium menjelang Grand Prix Azerbaijan.
— Gambar Reuters DETIK MANIS: Pelumba Red Bull, Ricciardo (dua kanan) bersama pemenang yang lain memberikan ‘pose’ di atas podium menjelang Grand Prix Azerbaijan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia