Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia anjur kursus menerbangk­an ‘drone’

-

UNIVERSITI Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) buat julung kalinya mengadakan kursus menerbangk­an ‘drone’ di kampusnya di Senadin, Miri baru-baru ini.

Kursus bertajuk ‘Introducti­on to Basic Drone Flying’ itu dikendalik­an oleh Avetic Malaysia dengan kerjasama Institut Kejurutera­an Elektronik dan Elektrikal (IEEE) Curtin Malaysia Cawangan Pelajar.

Kursus menerbangk­an drone selama dua hari itu disahkan oleh Jabatan Penerbanga­n Awam Malaysia (DCA).

Seramai 22 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar Curtin Malaysia dan wakil DCA, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Tanah dan Survei dan Solaris Infinity Sdn Bhd menyertai kursus tersebut.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta-peserta mengendali­kan drone dengan lebih baik serta fungsi yang ada pada drone serta pengetahua­n asas pengendali­annya.

Pada hari pertama, peserta didedahkan mengenai teori asas, aktiviti simulasi diikuti dengan penerbanga­n drone secara praktikal manakala hari kedua diteruskan dengan aktiviti simulasiny­a.

Kursus tersebut dikendalik­an oleh juruterban­g dari Avetic Malaysia mempunyai kepakaran dan pengalaman 14 tahun dalam industri pesawat kecil kawalan jauh dan lebih 800 jam dalam pengendali­an penerbanga­n drone diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Singapore (CAAS).

Jurucakap Avetic Malaysia berkata, lebih banyak kursus lanjutan berkaitan penerbanga­n ‘drone’ akan diadakan di sini bagi meningkatk­an pengetahua­n teknikal berkaitan seterusnya membolehka­n mereka mendapat sijil.

Presiden IEEE Cawangan Pelajar Curtin Malaysia, Kong Sheng How berkata kursus itu amat signifikan bagi mendedahka­n peserta sebelum ini tidak mempunyai pengetahua­n dan pengalaman dalam menerbangk­an drone.

“Kursus ini banyak memberikan pendedahan kepada peserta menerbangk­an dan mengendali­kannya. Pendedahan ini penting kerana penggunaan drone dalam pelbagai industri semakin meningkat.

“Kita berharap kursus ini dapat memanfaatk­an peserta khususnya pelajar jurusan kejurutera­an Curtin Malaysia. Pengetahua­n dan pengalaman ini dapat digunakan dalam pekerjaan nanti,” katanya. PERSATUAN Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua berjaya mengutip dana sejumlah RM1.03 juta menerusi majlis makan malam pelantikan ahli jawatankua­sa baharu di Sibu, baru-baru ini.

Kutipan dana itu adalah bertujuan untuk projek pembanguna­n SMK Chung Hua melibatkan dua projek iaitu membina dewan dan 10 buah kelas baharu.

Pada majlis itu, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing selaku tetamu kehormat berjanji menyumbang sejumlah RM100,000.

Malah, beliau dalam ucapannya berjanji memohon peruntukan RM500,000 daripada kerajaan persekutua­n un- tuk tujuan pembanguna­n sekolah tersebut.

Beliau yang menyanyika­n sebuah lagu turut berjaya menarik perhatian ahli perniagaan terkemuka, Datuk Seri Lau Kueng Chai menyumbang sejumlah RM200,000.

Manakala Persatuan Alumni SMK Chung Hua menerusi presidenny­a, Teo Boon Siew dan ahli perniagaan, Datuk Lau Cheng Kiong masingmasi­ng menyumbang RM100,000 setiap seorang.

Turut memberi sumbangan ialah Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau sejumlah RM30,000.

Tiong berkata, sekolah bantuan berbeza daripada sekolah bantuan di mana sekolah bantuan tidak menerima peruntukan tetap daripada kerajaan untuk pembanguna­n mereka.

“Oleh itu, kita perlu meningkatk­an usaha mengutip dana bagi mempercepa­t pelaksanaa­n projek pembanguna­n SMK Chung Hua ini,” jelas beliau.

Di samping itu, Tiong menyeru alumni SMK Chung Hua agar kembali berkhidmat kepada sekolah lama mereka dalam apa-apa sahaja bentuk sumbangan.

“Kamu boleh bantu apa-apa sahaja sama ada wang atau tenaga, ataupun kamu boleh bantu seperti memberi cadangan pembinaan dewan dan kelas sekolah baharu,” katanya.

Dalam perkara lain, beliau menyeru pemimpin badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik agar melatih pemimpin muda sebagai persedian mengambil alih kepemimpin­an lama.

“Sama ada sebuah persatuan atau ahli politik, kamu harus mula melatih anak-anak muda dari sekarang menjadi pewaris pucuk pimpinan baharu. Seperti saya, saya telah berbuat demikian,” ujar Tiong.

Hadir sama Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin dan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai.

 ??  ?? TAHNIAH: Tiong (lima kiri) bersama tetamu lain pada acara memotong kek perasmian majlis pelantikan ahli jawatankua­sa baharu Persatuan Alumni SMK Chung Hua 2017/2018.
TAHNIAH: Tiong (lima kiri) bersama tetamu lain pada acara memotong kek perasmian majlis pelantikan ahli jawatankua­sa baharu Persatuan Alumni SMK Chung Hua 2017/2018.
 ??  ?? PENGENALAN: Peserta-peserta menerbangk­an drone pada kursus tersebut.
PENGENALAN: Peserta-peserta menerbangk­an drone pada kursus tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia