Utusan Borneo (Sarawak)

Amar Bahrin & Amyra Rosli di TV2

-

KISAH seorang gadis yang putus tunang setelah mengetahui beliau hanyalah merupakan anak angkat walinya ketika majlis akad nikah hendak dilangsung­kan. Akibatnya beliau mendapat maklumat sehingga merantau ke luar negeri untuk mencari keluarga kandung.

Pelbagai rintangan dan cabaran dilalui namun akhirnya kebahagiaa­n ditemui gadis itu di lokasi luar negeri tersebut apabila dapat berjumpa dengan ibu kandung dan juga lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Dibintangi pelakon Amar Bahrin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail dan Marissa Yasmin, kisah konflik kekeluarga­an ini melatari drama 13 episod bertajuk ‘Cinta di Langit Cardiff’ mulai 4 Julai ini, setiap Selasa hingga Khamis, jam 8.35 malam mengisi slot Selekta Prima di TV2.

Kisahnya berkembang dengan watak Tasha ingin melangsung­kan pernikahan dengan kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yang ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tidak sah kerana Nordin bukanlah bapa kandung Tasha. Nordin berang dengan tindakan Pak Jalal itu yang dianggap memalukann­ya sedangkan ianya memang salah di sisi agama.

Nordin memberhent­ikan Pak Jalal daripada menjadi pemandu peribadiny­a. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dengan Imran.

Namun Imran menegaskan kepada keluargany­a bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi tidak bagi Talia, adik angkat Tasha. Kesempatan yang ada digunakan mahu memutuskan hubungan Tasha dan Imran.

Talia mengaturka­n perancanga­n keji hingga Imran terperangk­ap dengan situasi telah memperkosa Talia di hotel. Dia memasukkan pil khayal ke dalam minuman Imran hingga membuatkan Imran akhirnya terpaksa mengahwini­nya.

Tasha begitu kecewa dengan kenyataan itu. Hilang angan-angannya untuk berkahwin dengan Imran di Thailand. Kekecewaan­nya membawa Tasha bertindak mahu

menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff berbekalka­n alamat diberikan. Meskipun sedar bakal berdepan dengan cabaran namun Tasha nekad dengan keputusann­ya.

Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yang bekerja di sana.

Talia pula merintih dengan sikap dingin Imran terhadap dirinya dan beliau sering menerima panggilan telefon misteri manakala Imran masih cuba untuk menghubung­i Tasha.

Ashraf sempat bertukar nombor telefon dengan Tasha supaya senang berhubung sekiranya Tasha memerlukan apa-apa pertolonga­n memandangk­an beliau baru sampai ke Cardiff.

Ashraf bertemu dengan Mimi di kafe di mana memaklumka­n pulang Malaysia.

Majikan Mimi iaitu Ruby, kedai Mimi akan ke Puan pemilik bunga memerlukan pekerja untuk menggantik­an tempat Mimi. Tasha berkunjung ke alamat di poskad dengan harapan dapat berjumpa dengan Puan Salina namun hampa apabila diberitahu yang Puan Salina sudah berpindah rumah.

Tasha bingung di mana dia hendak mencari Puan Salina dan berkongsi kisah dukanya bersama Ashraf tentang pencarian ibu kandung dan juga hubunganny­a dengan Imran yang sudah berkubur.

Ahsraf mencadangk­an Tasha bekerja sementara dengan Puan Ruby sambil meneruskan misi mencari ibu kandungnya yang akan dibantu Ashraf.

Sementara itu, Talia bersetuju untuk berjumpa dengan pemanggil misteri yang sering mengganggu­nya sebelum ini. Talia berjumpa dengan pemanggil misteri dan terkejut melihat individu tersebut adalah Amri, bekas kekasihnya dahulu sebelum berkahwin dengan Imran.

Amri mengugut Talia untuk mengikut segala kehendakny­a atau dia akan dedahkan maklumat bahawa anak yang dikandungk­an Talia sebenarnya adalah anak Amri, hasil hubungan haram mereka suatu ketika dahulu dan bukannya anak Imran seperti sangkaan ramai.

Tasha pula bersetuju dengan cadangan Ashraf untuk bekerja sementara di kedai bunga

milik Puan Ruby. Ashraf berjanji dengan Tasha akan membawanya berjumpa sendiri dengan Puan Ruby. Ketika pertemuan tersebut berlaku, hati Tasha dan Puan Salina tiba-tiba terdetik seolah-olah wujud persamaan tanpa mereka mengetahui puncanya.

Tasha mula bekerja di kedai bunga dan beliau juga berkongsi dengan Puan Salina berkaitan dengan tujuannya datang ke Cardiff. Amri berterusan mengugut Talia dan memaksanya bertemu dengannya untuk melampiask­an nafsu dan Talia mula tidak selesa dengan situasi tersebut.

Tasha membuat pengakuan yang dirinya terlalu cetek ilmu agama dan tidak pernah tahu cara bersolat. Ashraf yang sering menghadiri kelas agama berjanji akan membantu Tasha berubah ke arah mendekatka­n diri kepada Allah.

Tasha mula menghadiri kelas agama dan belajar bersolat. Kadang-kadang Tasha bersolat jemaah dengan Puan Salina dan berimamkan Ashraf. Talia mula selesa keluar berfoya-foya dengan Amri untuk menghilang­kan kebosanan tambahan pula suaminya, Imran terus tidak mempedulik­annya.

Kenderaan yang dipandu Amri terlibat dalam kemalangan setelah dia dan Talia pulang dari kelab malam dalam keadaan mabuk. Amri meninggal dunia manakala Talia cedera parah serta tenat di hospital. Lalu apakah kesudahann­ya?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERLAKON BERSAMA: Suami isteri Amar Bahrin (kiri) dan Amyra Rosl bersama membintang­i dalam drama ‘Cinta di Langit Cardiff’ mulai 4 Julai ini, setiap Selasa hingga Khamis di TV2.
BERLAKON BERSAMA: Suami isteri Amar Bahrin (kiri) dan Amyra Rosl bersama membintang­i dalam drama ‘Cinta di Langit Cardiff’ mulai 4 Julai ini, setiap Selasa hingga Khamis di TV2.
 ??  ?? MENARIK: Babak lakonan Amar Bahrin dan Amyra Rosli dalam ‘Cinta Di Langit Cardiff’.
MENARIK: Babak lakonan Amar Bahrin dan Amyra Rosli dalam ‘Cinta Di Langit Cardiff’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia