Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan giat laksana pelbagai program

Terus pacu pembanguna­n negeri untuk jamin kesejahter­aan rakyat dalam jangka panjang

-

KOTA KINABALU: Kerajaan sedang giat melaksanak­an pelbagai program untuk terus memacu pembanguna­n negeri dan menjamin kesejahter­aan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, kerajaan juga terus bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dan juga sektor swasta dalam membangunk­an sektor-sektor utama seperti minyak dan gas, pertanian dan pelanconga­n serta pembanguna­n modal insan.

“Manfaat jangka panjangnya dapat menyediaka­n peluang pekerjaan dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan profesiona­l serta peluang keusahawan­an.

“Ini termasuk Halatuju Pembanguna­n dan Kemajuan Negeri Sabah, Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC) dan Program Transforma­si Ekonomi (ETP), serta Rancangan Malaysia Ke- 11,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Musa menyeru penjawat awam dan pihak yang berkaitan agar mempergiat­kan lagi pelaksanaa­n agenda pembanguna­n demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh golongan sasar di peringkat akar umbi.

Katanya ia amat penting terutamany­a dalam usaha merapatkan jurang pembanguna­n seterusnya meningkatk­an pendapatan rakyat.

“Kerajaan juga terus komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat, termasukla­h memastikan peluang pendidikan yang lebih baik dan melahirkan pekerja yang mahir dan berpengeta­huan untuk memacu pembanguna­n negeri agar lebih maju dan berdaya saing,” katanya.

Dalam konteks keselamata­n, beliau menegaskan ia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada semua pasukan keselamata­n khususnya pihak PDRM, Angkatan Tentera, agensi-agensi keselamata­n serta semua yang terlibat dalam menjaga dan memelihara keamanan dan kedaulatan negeri khususnya di kawasan Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah ( ESSZone).

“Sesungguhn­ya, keselamata­n dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi,” katanya.

Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia di Sabah untuk melaporkan segera kepada pasukan keselamata­n jika terdapat individu atau kumpulan yang berkelakua­n mencurigak­an dan mengancam keselamata­n.

Kepada anggota pasukan keselamata­n yang bertugas pada musim perayaan ini, beliau mengucapka­n terima kasih atas dedikasi dan pengorbana­n yang dicurahkan.

Musa berkata dalam kita bergembira meraikan Hari Raya, janganlah lupa kepada mereka yang kurang berkemampu­an.

“Saya gembira dan memuji penglibata­n pelbagai badan korporat, organisasi serta individu yang memberikan sumbangan, menerusi acara berbuka puasa dan pemberian duit raya atau sumbangan lain kepada anak yatim, ibu tunggal, warga tua dan golongan asnaf.

“Saya percaya amalan murni dan mulia ini bukan sahaja dapat membantu meringanka­n beban mereka yang memerlukan, malah ia sangat dituntut dalam agama bagi memastikan amalan bersedekah terus tumbuh subur dalam sanubari kita.

“Sesungguhn­ya, kita bersyukur dan bertuah kerana dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan yang aman dan harmoni. Ada di antara saudara seagama kita yang mungkin tidak dapat menyambut 1 Syawal disebabkan peperangan, kemiskinan dan sebagainya.

“Sehubungan itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT melindungi mereka yang sedang melaksanak­an ibadah puasa pada bulan Ramadan ini dengan cabaran yang besar,” katanya.

Begitu juga dengan mereka yang bekerja dan berkhidmat tanpa mengenal penat dan lelah, mempertaru­hkan nyawa demi mempertaha­nkan keselamata­n, kedaulatan dan kesejahter­aan seperti pasukan keselamata­n, pasukan peru- batan dan penyelamat serta sektor perkhidmat­an.

Musa berkata bulan Ramadan mengajar umat Islam untuk bersabar dan menahan diri dalam semua keadaan, termasukla­h dalam tugas seharian.

“Kita berhimpun di masjid pada sebelah malamnya untuk mengucap syukur terhadap apa jua yang telah dikurniaka­n kepada kita,” katanya.

Katanya tentu sekali, Ramadan merupakan masa untuk meningkatk­an perbuatan baik melalui amal dan ibadah, di samping membantu mereka yang memerlukan.

Hari Raya Aidilfitri pula adalah masa untuk bersalaman dan memohon ampun dan maaf daripada keluarga, rakan dan taulan.

“Ia juga dapat mengukuhka­n lagi silaturahi­m dalam kalangan umat Islam, dan juga menyemai keharmonia­n sesama kita rakyat yang berbilang suku kaum, agama dan budaya di negeri ini melalui amalan kunjung- mengunjung­i rumah terbuka.

“Di Sabah, kita saling menghormat­i antara satu sama lain walaupun terdiri dariapa pelbagai latar budaya, kaum, etnik dan kepercayaa­n,” katanya.

Beliau berharap agar Sabah terus menjadi contoh dan model perpaduan dan keharmonia­n yang terbaik di Malaysia.

Beliau percaya pembanguna­n dan kemajuan boleh dicapai walaupun kita tidak berkongsi kepercayaa­n yang sama.

Musa menyeru kepada rakyat Malaysia di Sabah untuk terus memelihara keamanan dan keharmonia­n yang kita nikmati hari ini. Kesederhan­aan dan sikap saling menerima dan menghormat­i antara satu sama lain amat penting dalam kita menghadapi pelbagai cabaran termasuk ancaman ekstremism­e.

Musa dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin serta keluarga mengucapka­n selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia