Utusan Borneo (Sarawak)

Lori tangki minyak meletup, 153 terbunuh

Mangsa terkena bebola api ketika mencedok bahan bakar yang tumpah selepas lori terbalik di Pakistan

-

BAHAWALPUR: Pakistan memulakan sambutan Hari Raya Aidilditri pada pagi semalam ketika bilangan kematian dalam satu letupan lori tangki minyak meningkat kepada 153, manakala puluhan cedera setelah mereka terkena bebola api ketika mereka mencedok bahan bakar yang tumpah.

Puluhan saudara- mara menunggu di luar hospital di Bahawalpur, kota besar terdekat, untuk menuntut mayat ahli keluarga ketika Perdana Menteri Nawaz Sharif tiba awal semalam untuk melawat mangsa setelah beliau memendekka­n lawatan ke London.

Letupan itu berlaku awal kelmarin apabila orang ramai tidak mempedulik­an amaran untuk menjauhkan diri dari lori tangki terbabit yang telah terbalik di sebatang lebuh raya utama dari Karachi ke Lahore, dan menumpahka­n kira-kira 40,000 liter bahan bakar.

Polis berkata maklumat masih belum disahkan tetapi memetik saksi yang menyebut tayar lori tangki itu pecah.

Kemalangan itu pantas menarik puluhan penduduk dari sebuah kampung berdekatan, ramai yang membawa apa sahaja bekas yang dapat bawa untuk mendapatka­n bahan bakar yang tumpah walaupun diberi amaran oleh pemandu, yang terselamat dalam nahas tersebut dan kemudian ditahan, dan polis lebuh raya, untuk menjauhkan diri.

Beberapa minit kemudian lori tangki itu meletup, dan membakar orang ramai serta puluhan kenderaan lain dalam bebola api gergasi yang menyebabka­n kepulan asap tebal naik ke udara.

“Bilangan kematian sudah meningkat kepada 153, dan ramai berada dalam keadaan tenat di beberapa hospital di Bahawalpur dan Multan,” kata ketua hospital Victoria, Javed Iqbal, kepada AFP.

Televisyen kerajaan menyiarkan imej Sharif yang tiba di Bahawalpur, dan berkata beliau akan melawat mangsa di hospital selepas diberi taklimat mengenai insiden itu.

Kemalangan itu berlaku selepas sekurang-kurangnya 69 orang terkorban dalam beberapa serangan militan di seluruh Pakistan pada Jumaat lepas, yang memburukka­n lagi rasa sedih di negara itu menjelang penghujung Ramadan, bulan paling suci dalam Islam.

Pakistan mempunyai rekod kemalangan trafik membawa padah yang buruk disebabkan oleh jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselengga­ra dengan baik serta pemanduan tidak berhemat.

Negara itu juga sudah lama berdepan dengan kesukaran untuk mengurangk­an krisis tenaga yang kronik, dengan kejadian tenaga elektrik yang kerap terputus dan melumpuhka­n industri selain meningkatk­an lagi kemarahan terhadap kerajaan.

Penduduk kampung dekat bandar Ahmedpur Timur, di mana kemalangan itu berlaku, memberitah­u AFP kelmarin bahawa mereka dalam keadaan terkejut ekoran nahas tersebut.

“Apakah gunanya petrol ini, apakah yang akan anda lakukan dengannya sekarang?” tanya penduduk Mohammad Shabbir, yang menunjuk kepada sebaldi bahan bakar yang telah diselamatk­an dalam tangannya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? NGERI: Penduduk setempat berkumpul untuk melihat lebih seratus mayat rentung di sebelah lori tangki minyak yang meletup selepas terbalik di lebuh raya dekat bandar Ahmedpur Timur, kira-kira 670 kilometer dari Islamabad, Pakistan kelmarin.
— Gambar AFP NGERI: Penduduk setempat berkumpul untuk melihat lebih seratus mayat rentung di sebelah lori tangki minyak yang meletup selepas terbalik di lebuh raya dekat bandar Ahmedpur Timur, kira-kira 670 kilometer dari Islamabad, Pakistan kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia