Utusan Borneo (Sarawak)

Api musnah taman negara Sepanyol, 1,850 dipindah

-

MADRID: Ratusan anggota bomba berusaha kelmarin untuk memadamkan kebakaran selepas ia meletus di sebuah taman negara di selatan Sepanyol, yang mendorong memindahka­n lebih 1,800 orang.

Kebakaran itu memaksa pihak berkuasa untuk memindahka­n 1,850 orang, kebanyakan­nya tinggal di sebuah tapak khemah, kata pihak berkuasa Andalusia.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Kebakaran itu bermula pada malam Ahad lepas dan pada pagi kelmarin merebak ke dalam Taman Semula Jadi Donana di Moguer dalam wilayah selatan Andalusia, kata timbalan ketua lembaga perlindung­an alam sekitar wilayah Jose Fiscal kepada televisyen Sepanyol.

Jabatan khidmat kecemasan berkata pihak berkuasa tempatan menghantar seramai 550 orang serta 23 helikopter dan pesawat untuk menangani kebakaran, yang berlaku seminggu selepas kebakaran hutan membunuh lebih 60 orang di negara jiran Portugal.

Usaha memadamkan kebakaran disukarkan lagi oleh angin dan kepanasan, kata seorang jurucakap khidmat kecemasan kepada AFP.

Pihak berkuasa tidak dapat membuat spekulasi mengenai skala kebakaran kerana ia masih belum dapat dikawal menjelang lewat pagi.

Puncanya masih belum diketahui tetapi presiden wilayah Susana Diaz, yang berkejar ke kawasan terjejas, berkata “faktor manusia tidak dapat dikecualik­an”.

Menjelang lewat petang, kerajaan wilayah berkata sekurang- kurangnya 950 orang sudah dipindahka­n tetapi banyak jalan masih ditutup.

Pusat peranginan pantai popular Matalascan­as terputus sama sekali selama beberapa jam disebabkan oleh kebakaran itu, kata pihak berkuasa.

Taman negara berkenaan, yang terkenal kerana biodiversi­tinya, menikmati status dilindungi UNESCO sebagai sebuah hutan biosfera penting dan merupakan satu tarikan pelancong, yang mempunyai pelbagai jenis ekosistem dan bentuk hidupan liar termasuk spesies terancam, khususnya kucing liar Iberia dan helang maharaja Sepanyol.

Sepanyol dilanda beberapa kebakaran hutan pada 2015 dan pegawai berkata sebahagian daripadany­a mungkin telah sengaja dimulakan.

Pada waktu ini setiap tahun, Sepanyol juga terpaksa berdepan dengan kemarau dan kelmarin menyaksika­n beberapa kawasan diklasifik­asikan sebagai menghadapi risiko maksimum mengalami kebakaran, termasuk wilayah Huelva di Andalusia, di mana Taman Donana terletak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia