Utusan Borneo (Sarawak)

Bincang pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n: Abg Johari

Kerajaan negeri perlu buat persediaan dahulu, untuk cukai tersebut dapat dilaksanak­an

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan negeri akan berbincang termasuk dengan pihak hotel sebelum menerima pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n walaupun telah ditunda kepada 1 Ogos nanti.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri perlu membuat persediaan dahulu, untuk cukai tersebut dapat dilaksanak­an.

“Kita pun belum tahu lagi (keputusan), kita perlu membuat persediaan dulu, baharu dapat dilaksanak­an.

“Kita juga harus merujuk kepada perjanjian di antara pihak hotel dengan klien mereka yang sudah mem-

Kita pun belum tahu lagi (keputusan), kita perlu membuat persediaan dulu, baharu dapat dilaksanak­an. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

buat tempahan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di sini, semalam.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengesahka­n bahawa Cukai Pelanconga­n yang pada mulanya dijadual dilaksanak­an pada 1 Julai telah ditundakan kepada 1 Ogos dengan mengambil kira tahap kesediaan pelaksanaa­n mekanisme tersebut.

Selain itu, Nazri turut mengesahka­n bahawa pelancong rakyat Malaysia yang memilih untuk menginap di hotel tiga bintang atau ke bawah dikecualik­an daripada cukai itu sementara semua pelancong asing perlu menjelaska­n Cukai Pelanconga­n tanpa mengira jenis hotel yang dipilih mereka.

 ??  ?? SELAMAT HARI RAYA: Abang Johari bersalaman dengan Fadillah sebaik tiba di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Fadillah, semalam.
SELAMAT HARI RAYA: Abang Johari bersalaman dengan Fadillah sebaik tiba di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Fadillah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia