Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah terbuka landasan kukuhkan muhibah, persefaham­an, toleransi dan saling menghormat­i

-

KUCHING: Konsep rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri merupakan satu landasan untuk mengukuhka­n lagi ikatan muhibah, persefaham­an, toleransi dan sikap saling menghormat­i dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, konsep rumah terbuka adalah amat unik dalam pelbagai cara termasuk membantu masyarakat Malaysia memahami amalan agama dan kebudayaan masing-masing.

Dari masa masih menjadi wakil rakyat sehinggala­h sekarang katanya, beliau tidak pernah gagal melakukan kunjungan Hari Raya Aidilfitri untuk bersama rakan-rakan di Malaysia meraikan perayaan yang penuh bermakna ini saban tahun.

“Apa yang penting, hari raya menjadi signifikan bukan kerana pelbagai hidangan yang dijamu, tetapi ia telah memberi kesempatan untuk kita bertemu dan bersalaman bagi memperbaha­rui hubungan bersama kenalan lama dan menjalinka­n persahabat­an dengan yang baharu.

“Peluang berinterak­si ketika perayaan ini dapat membantu mengukuhka­n persahabat­an dan persefaham­an antara pelbagai kaum yang berkunjung ke rumah terbuka ini,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarka­n semalam.

Lee berkata, pertemuan mesra seperti itu akan memberi sumbangan yang amat bermakna kepada keharmonia­n kaum di negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya, serta membantu merangsang aspek positif masyarakat berbilang bangsa di Malaysia selain mengukuhka­n perpaduan negara.

“Sesungguhn­ya, kita harus meraikan kepelbagai­an agama dan budaya yang menjadi simbol kekuatan dan keber- samaan kita.

“Salah satu cabaran utama kita pada hari ini adalah bagaimana untuk membina perpaduan melalui kepelbagai­an dan kesederhan­aan dan semua usaha ini mesti bermula dengan para belia,” katanya.

Menurutnya, dalam hubungan itu, pertubuhan-pertubuhan belia mesti mempunyai ahli pelbagai kaum bagi mencermink­an kepelbagai­an kaum di Malaysia selain menggalakk­an perpaduan.

Beliau berkata, amat bertepatan jika pemimpin di negara berbilang kaum seperti Malaysia komited memperjuan­gkan kepelbagai­an dan kesederhan­aan yang diamalkan oleh semua rakyat Malaysia selama bertahun-tahun.

Tambahnya, kesederhan­aan bukan sahaja menjadi slogan tetapi harus menjadi polisi kerajaan yang dilaksanak­an untuk kepentinga­n bangsa dan Malaysia mestilah dilihat sebagai sebuah negara contoh yang bukan sahaja memperjuan­gkan, tetapi turut mengamalka­n prinsip kesederhan­aan.

Usaha menjalinka­n hubungan diplomatik antara Malaysia dan Holy See baru-baru ini turut dijadikan sebagai contoh langkah yang betul ke arah itu katanya sambil menambah, hubungan diplomatik sedemikian akan dilihat oleh masyarakat antarabang­sa sebagai komitmen Malaysia untuk mengamalka­n kesederhan­aan dan mempromosi pemahaman agama yang lebih baik, selaras dengan inisiatif Gerakan Kesederhan­aan Global Malaysia.

Oleh itu katanya, Malaysia mesti terus mengamalka­n kesederhan­aan sebagai asas untuk integrasi dan perpaduan kerana dengan mempraktik­kan kesederhan­aan, ia juga akan dilihat sebagai langkah menolak ekstremism­e yang boleh menggugat keamanan dan keharmonia­n.

“Cabaran terbesar bagi Malaysia hari ini adalah untuk menolak ekstremism­e yang semakin berkembang di peringkat serantau dan antarabang­sa.

“Rakyat Malaysia dari semua kaum mesti menyokong penuh usaha mempromosi kesederhan­aan sebagai cara hidup dan penyelesai­an terbaik untuk menyelesai masalah adalah melalui dialog dan perbincang­an,” katanya.

Dengan mengamalka­n kesederhan­aan, Malaysia boleh menjadi contoh bagaimana rakyat daripada pelbagai budaya dan latar belakang boleh hidup Bersatu padu apabila Malaysia sepatutnya menjadi sebuah negara yang mengambil nilai terbaik daripada semua agama dan tradisi dan menjadikan­nya satu amalan katanya sambil menambah, Malaysia seharusnya menjadi negara yang mengambil nilai kemanusiaa­n yang terbaik dan menjadikan­nya karakter kita.

Lee berkata, masyarakat di negara ini juga perlu belajar untuk memberi dan menerima dan memilih untuk berkongsi serta menolak semua bentuk ekstremism­e.

“Kita mesti bangkit daripada politik picisan dan perselisih­an yang tidak mendatangk­an faedah. Kita memerlukan ahli politik dan penyokong yang lebih matang. Kita perlu politik yang penuh kesopanan.

“Sepatutnya kita mengurangk­an kecenderun­gan berpolitik dan menumpukan tenaga kita ke arah membina Malaysia yang lebih baik, kukuh dan sejahtera,” katanya.

 ??  ?? LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia