Utusan Borneo (Sarawak)

Zimbabwe dalam misi menangi kejuaraan COSAFA

-

MORULENG: Zimbabwe melancarka­n kempen untuk memecah rekod dan memenangi kejuaraan selatan Afrika Piala COSAFA yang kelima dengan membelasah Mozambique 4-0 kelmarin di Stadium Moruleng di barat laut Afrika Selatan.

Ovidy Karuru menjaringk­an gol dalam setiap babak sebelum jaringan oleh Ocean Mushure dan Blessing Majarira menjamin kemenangan yang meyakinkan dalam Kumpulan B pada malam musim salji yang sejuk di hemisfera selatan.

Jurulatih yang menang dan bekas kapten pasukan kebangsaan Sunday Chidzambwa gembira untuk mengutip tiga mata, tetapi percaya pasukan ‘The Warriors’ sepatutnya menang dengan margin yang lebih besar.

“Kita perlu gembira sebagai jurulatih sebuah pasukan yang telah menang dengan kelebihan empat gol, tetapi kami mensia- siakan banyak peluang untuk menjaringk­an gol, terutamany­a dala separuh masa pertama.”

Jurulatih Mozambique dan bekas pemain pertahanan Liverpool, Everton dan Portugal Abel Xavier berkata keputusan itu telah membuka mata pasukan ujiannya yang muda.

Zimbabwe yang dominan terpaksa menunggu selama 43 minit sebelum mereka menamatkan kebuntuan apabila Karuru mengejar hantaran bola yang melepasi pertahanan, mengelecek penjaga gol Antonio Muquetua dan menjaringk­an gol dari sudut kecil.

Selepas “gol” oleh Knox Mutizwa untuk Zimbabwe disangka ofsaid, Karuru menggandak­an kelebihan dengan melompat di tiang dekat untuk menanduk masuk tendangan sudut pada minit ke-65.

Karuru nyaris melengkapk­an hatrik ketika satu lawan satu dengan Muquetua, tetapi digagalkan oleh tangkisan penjaga gol.

Gol ketiga Zimbabwe 12 minit sebelum tamat adalah gol terbaik perlawanan apabila pemain pertahanan Mushure tampil untuk melakukan tendangan percuma yang mencecah bumbung jaring.

Majarira melengkapk­an kemenangan pada minit ketiga dalam masa tambahan apabila dia meloloskan diri dan meledakkan rembatan rendah ke tepi penjaga gol Mozambique dan mencecah sudut gawang.

Madagascar mengatasi Seychelles 2-0 dalam perlawanan kedua dua pusingan yang dilihat oleh penonton yang memakai jaket tebal dan baju sejuk untuk menjaga diri daripada suhu satu digit Celsius.

Seperti Zimbabwe, pasukan ‘Malagasy’ memakan masa yang lama untuk menterjema­hkan kekuatan mereka kepada gol dengan gol pertama yang kontrovers­i dari Ardino Raveloaris­ona dijaringka­n pada minit ke-44.

Seorang Seychelloi­s dipercayai telah dikasari di dalam kotak Malagasy, tetapi pengadil meneruskan permainan dan bola yang ditendang ke atas melepaskan Jeannot Vombola untuk menghantar bola lintang kepada Raveloaris­ona yang menolak bola masuk.

Gol kedua Madagascar pada minit ke-76 membantu Rinjala Raherinaiv­o memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan apabila ia menendang bola yang berputar ke sudut jauh.

Penjaga gol Jerome Dingwall bermain cemerlang untuk Seychelles dan menyelamat negara kerdil dari Lautan Hindi itu dari kekalahan yang lebih besar. — AFP Pengurus baharu Crysyal Palace, de Boer menunjukka­n jersinya semasa sesi pengenalan di Crystal Palace.

 ??  ?? TRAORE
TRAORE
 ??  ?? SEDIA BERI SEGALANYA:
SEDIA BERI SEGALANYA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia