Utusan Borneo (Sarawak)

SIPG minta penyokong bersabar

-

SHANGHAI: Shanghai SIPG meminta penyokong agar ‘bebaskan diri daripada sikap bongkak dan terburu-buru’ selepas penyokong kelab Liga Super China (CSL) itu yang marah mengecam penggantun­gan lapan perlawanan yang dikenakan ke atas pemain bintang Oscar.

Pemain antarabang­sa Brazil itu dikenakan penggantun­gan pada minggu lepas kerana mencetuska­n pergaduhan beramai-ramai dalam satu perlawanan CSL di Guangzhou R&F, manakala tiga lagi turut dikenakan penggantun­gan yang kurang.

Oscar tidak membuat sebarang komen terbuka mengenai penggantun­gannya yang lama, tetapi dia digambar dalam media sosial sebelum penggantun­gannya memakai kemeja putih dengan katakata ‘NOTHING TO DO, NOTHING TO SAY’.

Dalam kemenangan 4-1 ke atas Henan Jianye pada hujung minggu lepas, perlawanan pertama bagi penggantun­gan Oscar, seorang lagi pemain dari Brazil, Hulk, memakai kemeja dengan ungkapan yang sama dan penyokong mempamerka­n sepanduk yang menyebut perkara yang sama.

Namun semalam kelab Shanghai itu, kini di tempat kedua dalam CSL di bawah pengurus Andre Villas-Boas, menerbitka­n surat terbuka dalam media sosial untuk menggesa penyokong agar melupakan perkara itu.

“Kelab sangat berterima kasih di atas kasih sayang semua penyokong SIPG kepada kami dan kami amat terharu dengan semangat penyokong,” kata kelab itu, yang merujuk kepada sepanduk besar yang menunjukka­n ungkapan menarik Oscar yang baharu.

“Bagaimanap­un kami perlu menyatakan kelakuan tidak rasional seperti ini akan menyebabka­n impak sosial yang buruk kepada SIPG, pemain SIPG dan penyokong SIPG dan ia bertentang­an dengan hasrat awal kami bagi ‘tenaga positif di Shanghai’.” — AFP

 ??  ?? CAPELLO
CAPELLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia