Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha inisiatif untuk pelbagaika­n pendapatan

Penduduk luar bandar perlu berani mencuba idea baharu yang tidak memerlukan modal besar: Uggah

-

SARIBAS: Penduduk luar bandar perlu mengusahak­an inisiatif yang mendatangk­an hasil dalam mempelbaga­ikan sumber pendapatan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata rakyat hendaklah berani mencuba idea baharu yang tidak memerlukan modal besar.

“Jangan terlalu bergantung harap dengan komoditi tertentu seperti getah, kelapa sawit, lada atau nanas. Jika harga barang ini jatuh, habislah kita.

“Cuba menternak kelulut misalnya, ia mendatangk­an hasil yang lumayan. Memelihara kambing dan lembu di dalam kebun kita serta belajar cara-cara moden untuk bertani,” katanya.

Uggah berkata untuk mencapai kejayaan, penduduk kampung mesti belajar kaedah pertanian serta teknik memelihara kelulut dengan betul.

Seterusnya menjadikan Saribas sebagai pengeluar kelulut terbesar di Sarawak, jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh, jelasnya.

Berucap pada majlis Aidilfitri di Kampung Mangut di sini kelmarin, beliau berkata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah mencadangk­an supaya Kawasan Agropolita­n Bukit Sadok mengusahak­an tanaman buah-buahan untuk pasaran eksport.

Kata beliau, pasaran tempa- tan sangat terhad maka petani perlu berkomunik­asi dengan pemimpin peringkat akar umbi untuk mengetahui polisi serta rancangan kerajaan.

“Kita akan menyediaka­n pusat pengumpula­n hasil tani, pihak Jabatan Pertanian akan membeli keluaran petani untuk dipasarkan,” kata beliau.

Uggah berharap penduduk juga mesti berkomunik­asi dengan wakil rakyat tentang masalah yang dihadapi.

“Jika kita sakit, kita mesti beritahu doktor. Jika diam sahaja, macam mana mahu mengubat.

“Begitu juga jika jalan rosak, ban runtuh atau masalah bekalan air, telefon saya atau ADUN. Walaupun kami sibuk, kami akan membantu anda,” katanya.

Cuba menternak kelulut misalnya, ia mendatangk­an hasil yang lumayan. Memelihara kambing dan lembu di dalam kebun kita serta belajar cara-cara moden untuk bertani. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? CUBA: Uggah bersama ADUN Saribas Mohammad Razi (kiri) melawat kawasan ternakan kelulut.
CUBA: Uggah bersama ADUN Saribas Mohammad Razi (kiri) melawat kawasan ternakan kelulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia