Utusan Borneo (Sarawak)

Kes HFMD dijangka meningkat selepas cuti Hari Raya Aidilfitri

-

SIBU: Jumlah kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negeri ini mungkin meningkat selepas cuti Hari Raya Aidilfitri atas faktor pergerakan orang ramai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim menasihat orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan alam sekitar bagi mengurangk­an risiko jangkitan HFMD.

Bagaimanap­un katanya, tidak berlaku peningkata­n jumlah kes HFMD seminggu sebelum, semasa dan selepas sambutan Gawai Dayak lepas.

Difahamkan sejumlah 6,121 kes HFMD dilaporkan pada minggu ke- 24 tahun ini, meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Selama satu bulan lalu, jumlah HFMD dilapor di Sarawak di bawah paras purata lima tahun,” katanya.

Mengenai amaran dan paras wabak negara bagi HFMD, beliau menjelaska­n bahawa untuk tahap amaran ialah 246 kes seminggu, manakala paras epidemik adalah 365 kes seminggu.

Bagi minggu ke-24, Daerah Kuching mencatatka­n kes HFMD sebanyak 1,520 kes, Sibu (670), Miri (655), Bintulu (302), Betong (224), Limbang (148), Sarikei (129), Marudi (103), Belaga (94), Mukah (90), Kanowit (84) 74), Song (58), Dalat (56), Saratok (53), Meradong (52), Pakan (43), Daro (36), Lawas (20) dan Tatau (18).

Menurut Dr Jamilah, tiada kematian dilaporkan setakat ini yang disebabkan oleh HFMD pada tahun ini.

Beliau juga menasihati ibu bapa agar membawa anak bertemu doktor dengan segera sekiranya anak menunjukka­n tanda penyakit HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia