Utusan Borneo (Sarawak)

PRASARANA tingkat tahap keselamata­n Tren MMMSL

Tapisan ketat dilakukan sebagai langkah tambahan

-

SEPANG: Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) memperting­katkan tahap keselamata­n Operasi Perkhidmat­an Tren Haji Al Mashaaer Al Mugaddassa­h Metro Southern Line (MMMSL) ekoran insiden serangan pengganas di Mekah pada 24 Jun lalu.

Selain itu, MMMSL turut dilengkapi lebih 1,000 kamera litar tertutup bagi memantau pergerakan jemaah haji yang menggunaka­n tren ini. Datuk Azmi Abdul Aziz Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata pihaknya sentiasa memperting­katkan aspek keselamata­n setiap kali musim haji dan bekerjasam­a rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan tahap keselamata­n lebih tinggi.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil langkah keselamata­n tambahan dengan membuat tapisan ketat terhadap kakitangan termasuk tapisan pihak berkuasa Arab Saudi semasa proses membuat visa untuk rakyat Malaysia.

“Selain itu, MMMSL turut dilengkapi lebih 1,000 kamera litar tertutup bagi memantau pergerakan jemaah haji yang menggunaka­n tren ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghantar­an 49 Kapten Tren Haji MMMSL di Lapangan Terbang Antarabang­sa (KLIA) di sini, semalam.

Sabtu lalu, tiga kumpulan pengganas, dua berpangkal­an di Mekah satu di Jeddah, menyasarka­n untuk menyerang Masjidil Haram.

Dalam pada itu, Azmi berkata, antara cabaran lain yang perlu dilalui oleh kakitangan MMMSL ialah pertambaha­n jumlah jemaah haji berbanding tahun lalu memandangk­an jumlah jemaah haji yang menggunaka­n tren ialah 300,000 namun dijangka meningkat sehingga 350,000 pengguna tahun ini.

“Selain itu, cuaca panas dijangka mencatat suhu lebih tinggi berbanding tahun lepas dan beliau meminta mereka yang bertugas untuk mempersiap­kan diri supaya tidak mengalami dehidrasi,” katanya.

Sehingga kini seramai 50 pemandu tren Malaysia sudah berada di Depoh MMMSL di Arafah sejak Mei lalu untuk menjalani latihan dan menguji 15 set tren 12 gerabak yang akan digunakan dalam operasi yang khusus dijalankan pada musim haji selama tujuh hari mulai 29 Ogos ini.

Menurut beliau, seramai 400 petugas dari Malaysia yang terdiri daripada kakitangan Prasarana, anak syarikat Prasarana, Syarikat Rapid Rail dan polis bantuan akan mengendali­kan operasi tersebut bersama lebih 7,000 pekerja Arab Saudi.

Sementara itu, seorang kapten tren Harizan Abdul Hamid, 50, yang berpengala­man selama 20 tahun sedia memperkasa­kan tanggungja­wab yang diberikan kepadanya agar dapat mengharumk­an nama syarikat dan negara.

“Tahun lepas, kita dapat pujian dari Arab Saudi dan negara lain. Tahun ini dengan pengalaman dan tunjuk ajar dari rakan-rakan tren lain, saya sedia berdepan dengan cabaran ini. Keselamata­n jemaah adalah keutamaan kami,” katanya.

Kumpulan ini berlepas menaiki MH150 pada 2.45 pm dan dijangka tiba di Jeddah pada 7.10pm (waktu Arab Saudi). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI TAKLIMAT: Azmi hadir menyampaik­an amanat sebelum 49 kakitangan terdiri kapten tren dan teknikal PRASARANA berlepas ke Arab Saudi bagi membantu operasi tren sempena musim haji di Balai Perlepasan KLIA di Sepang, semalam.
— Gambar Bernama BERI TAKLIMAT: Azmi hadir menyampaik­an amanat sebelum 49 kakitangan terdiri kapten tren dan teknikal PRASARANA berlepas ke Arab Saudi bagi membantu operasi tren sempena musim haji di Balai Perlepasan KLIA di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia