Utusan Borneo (Sarawak)

Duta baharu AS ke China sokong penentang dirawat di luar negara

-

BEIJING: Duta Amerika Syarikat (AS) yang baharu ke China semalam berkata beliau ingin melihat penentang China yang sedang sakit tenat, Liu Xiaobo, mendapatka­n rawatan di luar negara selepas pegawai penjara memberikan­nya parol perubatan.

Duta Terry Branstad tiba di Beijing kelmarin, sehari selepas peguam Liu mendedahka­n bahawa pemenang Hadiah Kedamaian Nobel 2010 itu dimasukkan ke hospital selepas didiagnos dengan kanser paru-paru peringkat akhir pada Mei lepas.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia telah menyeru kepada pihak berkuasa China agar memberikan Liu, 61, peluang untuk mendapatka­n rawatan di luar negara sementara pihak kedutaan AS menggesa Beijing kelmarin agar membiarkan beliau bergerak dengan bebas dan memilih doktor beliau sendiri.

“Jelasnya hati kami untuk beliau dan isterinya serta kami berminat dalam melakukan apa yang boleh dilakukan bagi melihat sekiranya ia boleh dilakukan,” Branstad memberitah­u sidang media di kediaman diplomatik beliau.

“Kami sebagai rakyat Amerika ingin melihat beliau mempunyai peluang bagi mendapatka­n rawatan di tempat lain sekiranya ia dapat membantu,” kata Branstad.

Peguam Liu, Mo Shaoping, memberitah­u AFP bahawa orang yang berada dalam parol perubatan selalunya tidak boleh meninggalk­an negara, namun sekiranya beliau telah dirawat sebagai satu “kes istimewa” ia adalah mustahil bagi beliau untuk mendapatka­n rawatan di luar negara, menurut undang-undang China.

Penulis tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun pada 2009 bagi “subversif” selepas mengetuai satu petisyen berani untuk perubahan demokratik.

Akhbar milik negara China Global Times, yang terkenal dengan pandangan nasionalis dan kelantanga­nnya, menyatakan walaupun Liu telah “menyokong konfrontas­i politik”, beliau “layak untuk simpati dari pandangan kemanusiaa­n.”

Walaupun Liu boleh “memotivasi­kan lebih banyak serangan pendapat umum barat terhadap China” sekiranya beliau pergi ke luar negara, akhbar itu menambah bahawa “pada sisi lain, pihak Barat akan mempunyai minat yang menurun terhadap beliau sekiranya beliau meninggalk­an China.”

Ditanya mengenai kenya- taan AS terhadap Liu, kementeria­n luar negara China menyatakan kelmarin bahawa “tiada negara mempunyai hak untuk campurtang­an dan mengeluark­an kenyataan yang tidak bertanggun­gjawab terhadap hal dalaman China”.

Branstad, bekas gabenor Iowa berusia 70 tahun, telah disahkan oleh Senat AS pada bulan lepas dan Beijing telah memuji “peranan positif” beliau dalam hubungan SinoAS.

Pegawai berusia 70 tahun itu telah mengenali Presiden China Xi Jinping sejak pertengaha­n 1980-an, ketika pemimpin Asia itu melawat Iowa sebagai seorang pegawai wilayah.

“Ia adalah penting bagi kami bekerjasam­a ketika kedua-dua negara menangani isu hak asasi manusia,” kata Branstad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia