Utusan Borneo (Sarawak)

Ketibaan Xi di HK disambut meriah

Menjelang ulang tahun ke-20 Britain serah semula wilayah itu kepada China

-

WINDHOEK: Lapan bangkai badak sumbu, majoriti daripada haiwan ini dibunuh oleh pemburu haram pada tahun ini, ditemui di Taman Negara Etosha di barat laut Namibia, kata Kementeria­n Alam Sekitar dan Pelanconga­n.

Ketua Pegawai Perhubunga­n Awam di kementeria­n tersebut, Romeo Muyunda, menyatakan dalam satu kenyataan di sini kelmarin bahawa bangkai itu ditemui semasa rondaan udara di antara 23 dan 25 Jun.

Pihak kementeria­n telah memeriksa bangkai tersebut bagi menentukan punca sebenar kematianny­a.

“Hasil daripada penilaian menunjukka­n bahawa tujuh daripada lapan haiwan tersebut mati akibat pemburuan haram dan seekor mati akibat sebab-sebab semula jadi,” jelas Muyunda.

Ini membawa kepada jumlah sebenar badak sumbu yang dibunuh oleh pemburu haram pada tahun ini kepada 16 ekor, jumlah yang sama dengan jumlah gajah yang diburu pada tahun ini.

Muyunda berkata pemburuan haram merupakan satu kebimbanga­n besar dan menanganin­ya masih menjadi keutamaan bagi pihak Kementeria­n.

“Kami akan melakukan segala yang termampu dalam rangka kerja undang-undang dan polisi kami untuk meletakkan pemburuan haram dalam kawalan ketika ia merompak sumber berharga dari negara,” tegasnya.

Beliau berkata Etosha telah mengalami “gelombang mengejut” pemburuan badak sumbu sepanjang beberapa tahun lepas, satu situasi yang akan mengancam sektor pelanconga­n negara dan ekonomi tempatan.

“Pihak kementeria­n telah memperting­katkan rondaan di kawasan yang dilindungi, termasuk bekerjasam­a dengan polis, pasukan pertahanan dan pihak berkuasa relevan yang lain.” — Bernama HONG KONG: Presiden Xi Jinping tiba di Hong Kong (HK) semalam bagi menyambut 20 tahun sejak ia diserahkan semula kepada China oleh Britain, dengan aktivis demokrasi yang terkenal berada dalam tahanan polis selepas satu bantahan di bandar raya yang berbelah bagi dari segi politik.

Kunjungan selama tiga hari itu merupakan yang pertama oleh Xi sejak menjadi pemimpin pada 2013 dan muncul pada masa terdapat peningkata­n dalam kebimbanga­n bahawa Beijing sedang mengancam kebebasan separa autonomi Hong Kong.

Beliau tiba di lapangan terbang utama Chek Lap Kok di bandar raya tersebut dengan pesawat Air China bersama isteri beliau, penyanyi China Peng Liyuan, dan disambut oleh pasukan perarakan dan kanak-kanak yang mengibar bendera sambil memegang poster mengalu-alukan kedatangan pasangan itu ke Hong Kong.

Penyokong kempen prodemokra­si yang berprofil tinggi termasuk Joshua Wong dan anggota perundanga­n muda Nathan Law ditangkap pada malam kelmarin kerana mencetuska­n “kekecohan umum” selepas mengadakan bantahan di luar pusat konvensyen yang akan menjadi tuan rumah bagi sebahagian daripada acara ulang tahun, tidak jauh dari hotel di mana Xi akan menetap.

Lebih 20 aktivis masih berada dalam tahanan pada pagi semalam ketika penyokong berkumpul di balai polis di mana mereka ditahan.

“Mereka mahu menghalang orang seperti Joshua Wong dan Nathan Law dari berada di jalan raya,” kata rakan aktivis Derek Lam yang merupakan antara penyokong yang menunggu di luar.

Kawasan di sekitar pusat konvensyen ditutup oleh penghadang gergasi berisi air dan polis berkata mereka mengambil “langkah-lang- kah keselamata­n menangani keganasan” bagi memastikan keselamata­n Xi.

Kebencian terhadap Beijing telah bertambah sejak beberapa tahun ini, terutama di kalangan golongan muda.

Kegagalan perhimpuna­n besar- besaran pada 2014 bagi memenangi perubahan demokratik telah mencetuska­n gelombang baharu aktivis “tempatan”, berminat untuk menekankan identiti Hong Kong yang tersendiri, dengan beberapa pihak menyeru perpisahan sepenuhnya dari tanah besar.

Sejak kembali kepada China pada 1997, bandar raya tersebut diperintah di bawah perjanjian “satu negara, dua sistem” yang memberikan­nya hak yang tidak dilihat di tanah besar, termasuk kebebasan bercakap dan kehakiman bebas.

Namun terdapat kebimbanga­n sekarang bahawa Beijing telah melanggar perjanjian dengan campur tangan dalam pelbagai bidang, dari politik hingga pendidikan dan media.

Walaupun aktivis muda berjanji akan terus membantah semasa kunjungan Xi, penduduk lain berkata mereka akan menyambut kedatangan beliau ke Hong Kong.

Beberapa pentas telah didirikan di beberapa dataran bertentang­an dengan pusat konvensyen untuk muzik dan tarian di mana orang ramai yang teruja berkumpul sebelum kehadirann­ya.

“Ia akan menjadi satu penghormat­an untuk mempunyai orang nombor satu di China untuk datang ke sebuah bandar raya yang sangat kecil,” kata seorang lelaki berusia 38 tahun yang memperkena­lkan diri sebagai Encik Fan.

“Beliau ditawarkan tiga hari ke Hong Kong – ia adalah satu kemewahan,” kata beliau, menyatakan bahawa keadaan adalah lebih baik di bandar raya itu sekarang berbanding di bawah pemerintah­an Britain.

Kunjungan Xi akan me- libatkan upacara pelantikan pemimpin bandar raya yang baharu Carrie Lam, yang dipilih oleh jawatankua­sa pro-China.

Beliau berjanji akan memulihkan perpecahan namun menimbulka­n kritikan dengan menyatakan kanak-kanak seharusnya disemai dengan identiti China sejak dari kecil dan mencadangk­an bahawa aktivis kemerdekaa­n akan berdepan dengan hukuman di bawah undang-undang.

Satu rangka kerja yang disokong oleh Beijing bagi apa yang akan menjadi pilihan raya kepimpinan umum pertama di bandar raya tersebut mencetuska­n bantahan pada 2014 selepas ia menyata- kan kesemua calon wajib disaring.

Sejak itu, perdebatan mengenai perubahan demokratik yang dijanjikan telah tertangguh dengan Lam berkata beliau tidak pasti sekiranya masa adalah sesuai untuk membangkit­kan ia semula.

Lam telah menyatakan beliau ingin memberi tumpuan kepada isu-isu kehidupan, di sebuah bandar raya yang mana jurang kekayaan berada pada rekod yang tinggi dan ramai tidak mampu untuk mendapatka­n perumahan murah, menambahka­n lagi ketegangan.

Xi dijangka meninggalk­an Hong Kong pada Sabtu, selepas pelantikan Lam. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SAMBUTAN MERIAH: Xi (tengah) melambai kepada orang ramai yang menyambut ketibaanny­a di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong semalam.
— Gambar AFP SAMBUTAN MERIAH: Xi (tengah) melambai kepada orang ramai yang menyambut ketibaanny­a di Lapangan Terbang Antarabang­sa Hong Kong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia