Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pertama didengar 4 Julai

Mahkamah Khas Jenayah Seksual prosiding melibatkan pelaku dan mangsa kanak-kanak sahaja

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak bakal mendengar kes pertamanya pada 4 Julai ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurutnya mahkamah khas yang mengendali­kan prosiding jenayah seksual melibatkan kanak- kanak sebagai mangsa dan pelaku itu baharu sahaja dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Jun lepas.

“Kes pertama akan diadili di mahkamah khas atas kesalahan jenayah seksual kanak-kanak akan diadakan pada 4 Julai.

“Ia dimulakan di Putrajaya dan kemudian akan diguna pakai di negeri-negeri lain iaitu bagi kesalahan jenayah seksual terhadap kanakkanak,” katanya pada sidang media semasa Majlis Bersama Raikan Aidilftri ‘Indahnya Beraya’ anjuran kementeria­n di dewan DUN Lama di sini, semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta menteri kabinet lain.

Rohani berkata, mahkamah khas jenayah berkenaan adalah prosiding melibatkan pelaku dan mangsa kanak- kanak sahaja, namun jika pelaku orang dewasa, maka mereka akan didakwa di mahkamah biasa tetapi menggunaka­n Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016.

Ditanya berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki dari FELDA Tenang, Hulu Besut, Terengganu yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya kelmarin, Rohani menegaskan, ia masih dalam siasatan polis dan kementeria­n akan berpanduka­n siasatan berkenaan.

“Kebiasaann­ya jika ia melibatkan kanak-kanak, ia akan menggunaka­n Akta KanakKanak, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan walaupun terhadap ibu bapa.

“Jika ia didapati pengabaian, penderaan dan sebagainya, kita akan ambil tindakan dan dalam kes ini kita memberi kerjasama dengan polis yang menyiasat,” tegasnya.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu berkata, buat masa ini ia

Ia dimulakan di Putrajaya dan kemudian akan diguna pakai di negerinege­ri lain iaitu bagi kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

masih dalam siasatan dan pegawai kementeria­n akan membuat susulan kes terbabit bagi memastikan kanakkanak malang berkenaan mendapat pembelaan dan pengadilan sebaik mungkin.

Rohani pada masa sama menegaskan, jika ada ahli keluarga kanak-kanak berkenaan turut bersubahat dalam kes itu, mereka akan diambil tindakan dan didakwa.

“Selain daripada pelaku tadi, jika ada ahli keluarga lain yang didapati ada kaitan dengan pengabaian memang akan sama didakwa.

“Di bawah Akta KanakKanak Pindaan 2016, ia meletakkan denda yang berat kepada pesalah, di mana jika didakwa mereka dikenakan hukuman penjara 20 tahun, denda maksimum RM50,000 atau kedua- duanya selain Perintah Khidmat Masyarakat (CSO),” kata beliau.

 ??  ??
 ??  ?? SELAMAT HARI RAYA: Rohani (kiri) mengiringi Abang Johari serta Juma’ani (dua kiri) masuk ke dewan sambil bersalaman dengan kumpulan sasar kementeria­n yang diraikan sempena majlis Raikan Aidilfitri di DUN lama, semalam.
SELAMAT HARI RAYA: Rohani (kiri) mengiringi Abang Johari serta Juma’ani (dua kiri) masuk ke dewan sambil bersalaman dengan kumpulan sasar kementeria­n yang diraikan sempena majlis Raikan Aidilfitri di DUN lama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia