Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Rh Siliver Garit dibantu

Bantuan RM19,000 untuk 19 pintu rumah panjang hangus disalur dalam masa terdekat

- Oleh Kelvin Lambai

Disebabkan terkejut insiden ini, saya terpaksa membatalka­n kehadiran saya dan bergegas melawat mangsa untuk melihat sendiri apa jua bantuan yang patut disalur kepada mereka di sini. Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

SRI AMAN: Peruntukan berjumlah RM19,000 bakal diserah kepada 19 pintu bilik penduduk Rumah Siliver Garit, Kenyungan Batu Lintang Undop, Sri Aman yang musnah dalam kebakaran lewat malam semalam.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, peruntukan berjumlah RM1,000 untuk setiap pintu rumah panjang ini akan diserah kepada mangsa dalam masa terdekat ini.

“Saya akan datang sekali lagi dalam masa terdekat ini untuk menyerahka­n wang bantuan RM1,000 kepada setiap pintu bilik,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Rumah Siliver Garit, Kenyungan Batu Lintang Undop dekat Sri Aman lewat petang tadi.

Harden juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang melahirkan rasa terkejut dengan insiden berkenaan dan terus bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklum Tuai Rumah Siliver berkenaan kejadian berkenaan awal pagi semalam.

“Saya sepatutnya bersama dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri juga Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Gawai Ngiling Tikai di Rumah Beredai, Kampung Sepatak Empanggu, Jalan Paip, Sri Aman hari ini (semalam).

“Disebabkan terkejut insiden ini, saya terpaksa membatalka­n kehadiran saya dan bergegas melawat mangsa untuk melihat sendiri apa jua bantuan yang patut disalur kepada mereka di sini.

“Kehadiran saya juga turut menyerahka­n wang tunai berjumlah RM2,000 kepada Rumah Siliver ini bagi tujuan membeli segala keperluan penting terlebih dahulu sementara menunggu bantuan seterusnya yang disalur,” tambahnya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Bahagian Sri Aman memberitah­u, sejumlah RM18,182.50 bantuan telah disalurkan kepada mangsa kebakaran ini setakat ini.

“Bantuan tersebut berupa makanan bungkus, bantuan makanan segera dan peralatan dapur.

“Lain-lain bantuan turut disalur setakat ini termasuk bantuan bahan binaan sebanyak RM5,000 untuk setiap pintu, wang tunai RM100 seorang, pakaian harian RM200 seorang, pakaian seragam sekolah RM200 seorang, peralatan sekolah RM100 seorang yang diserahkan dalam masa terdekat,” jelasnya lanjut.

Dalam kebakaran pada jam 11.30 malam itu, Rumah Siliver Garit separa batu kayu dihuni seramai 40 penduduk musnah sama sekali.

Bagaimanap­un, punca dan jumlah kerugian berikutan insiden ini masih belum dapat dipastikan dan masih dalam siasatan.

 ??  ?? BANTUAN SEGERA: Harden (tengah) sedang menyampaik­an bantuan berjumlah RM 2,000 kepada Tuai Rumah Siliver (empat kiri) sambil diperhatik­an oleh yang lain.
BANTUAN SEGERA: Harden (tengah) sedang menyampaik­an bantuan berjumlah RM 2,000 kepada Tuai Rumah Siliver (empat kiri) sambil diperhatik­an oleh yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia