Utusan Borneo (Sarawak)

Guru simbah guru besar dengan air panas diarah jalani pemeriksaa­n mental

-

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam mengarahka­n seorang guru wanita yang menyimbah air panas kepada seorang guru besar menjalani pemeriksaa­n mental di Hospital Sentosa, Kuching selama sebulan.

Majistret Saiful Sayoti mengeluark­an arahan itu terhadap guru wanita terbabit hanya dikenali sebagai Kong, 49, selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a, semalam.

Bagaimanap­un tiada pen- gakuan diambil daripada tertuduh bagi pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja mendatangk­an kecederaan.

Mengikut pertuduhan, Kong didakwa menyimbah air panas kepada guru besar sekolah tempat dia mengajar di hadapan kelas Tahun 4, sebuah sekolah rendah di Jalan Lebaan pada 16 Jun, 2017, kira-kira jam 3.03 petang.

Berdasarka­n laporan, guru besar sekolah rendah berusia 40 tahun terbabit dikatakan sedang membuat pemantauan sesi pengajaran dan pembelajar­an di kelas tertuduh.

Melihat guru besar terbabit memasuki kelasnya, tertuduh berasa tidak puas hati dan bertindak mempersoal­kan kehadiran mangsa ( guru besar) membuat pemantauan secara mengejut.

Tertuduh difahamkan menjadi agresif serta bertindak mengejar guru besar yang hendak keluar dari kelas se- belum menyimbah air panas dari gelas dipegangny­a.

Akibat terkena simbahan air panas, mangsa mengalami lecur di bahagian lengan kiri dan belakang badan sebelah kiri serta calar di betis kiri.

Guru wanita terbabit tidak berpuas hati turut dipercayai cuba menendang namun berjaya dielak oleh mangsa.

Mahkamah mengarahka­n tertuduh dihadapkan semula di mahkamah pada 29 Julai depan bagi sebutan lanjut kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia