Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki serah diri bantu siasatan kes bunuh ahli perniagaan

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 29 tahun telah menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembunuhan seorang ahli perniagaan yang berlaku pada 21 April lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata suspek telah diperintah­kan oleh mahkamah direman selama enam hari sehingga 5 July ini.

“Suspek telah ditangkap dan kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes tersebut,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Dalam kes yang berlaku sekitar 12.30 pagi pada 21 April lalu, mangsa, 29, telah terbunuh selepas diserang sekumpulan lelaki di sebuah premis hiburan di Jalan Wong King Huo dekat sini.

Dia dipercayai diserang dan dipukul dengan kayu mengakibat­nya mengalami cedera parah.

Bagaimanap­un, mangsa yang dihantar ke sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Pedada kemudianny­a dirujuk ke Hospital Sibu di mana dia disahkan meninggal dunia kira- kira jam 5 pagi.

Sebelum kejadian, mangsa sedang minum dengan rakan-rakan di sebuah kedai berhampira­n lokasi kejadian apabila dua lelaki berusia 20an tiba-tiba muncul di situ.

Satu pertengkar­an tercetus antara mereka yang dipercayai berpunca daripada salah faham dalam siaran media sosial.

Suspek dipercayai telah memanggil sekumpulan 10 orang yang membawa objek kayu dan besi.

Mangsa dan kawan- kawannya cuba melarikan diri namun berjaya dikeliling­i oleh kumpulan tersebut di kaki lima kira-kira 200 meter dari kedai kopi tersebut.

Mangsa didapati pengsan sebelum digegaskan ke pusat perubatan swasta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia