Utusan Borneo (Sarawak)

NREB beku permit jika cuaca kering capai tahap membimbang­kan

-

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NREB) Sarawak hanya akan membekukan pengeluara­n permit pembakaran terbuka jika keadaan cuaca kering di negeri ini mencapai tahap membimbang­kan.

Kontroler NREB Peter Sawal berkata, pihaknya akan memantau dengan teliti keadaan cuaca di negeri ini sebelum notis pembekuan sementara permit pembakaran terbuka dikeluarka­n.

Menurutnya lagi, NREB ketika ini masih menerima permohonan permit pembakaran terbuka dan meluluskan­nya berdasarka­n kes-kes tertentu bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

“Buat masa ini, tiada arahan membekukan sementara pengeluara­n lesen pembakaran terbuka di peringkat negeri. Permohonan diluluskan berdasarka­n kes-kes tertentu bergantung kepada keadaan cuaca.

“Maknanya di kawasan yang kering seperti di wilayah utara Sarawak seperti Miri dan Lawas, kita akan mempertimb­ang memberhent­ikan sementara pengeluara­n permit ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Peter berkata Monsun Barat Daya melanda negara bermula pertengaha­n Mei tahun ini dan dijangka berterusan sehingga penghujung September 2017 menyebabka­n kejadian penguranga­n hujan berlaku di Semenanjun­g dan Sarawak.

Namun, jelasnya, situasi bilangan hari tanpa hujan melebihi hari hujan di Sarawak ketika ini masih terkawal, terutama di wilayah selatan negeri ini seperti Kuching serta Samarahan yang masih menerima hujan sekejapsek­ejap dan lebat.

“Sarawak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai selama ini dan ia kekal diaplikasi­kan untuk menentukan sama ada permit pembakaran terbuka perlu dibekukan atau tidak,” tegasnya.

Peter berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini yang meminta pihak berkuasa negeri Sarawak menghentik­an sementara pengeluara­n permit pembakaran hutan atau ladang kepada syarikat mahupun individu.

Wan Junaidi berkata, langkah itu perlu diambil bagi mengelak jerebu berlaku memandangk­an negara mula dilanda musim kering.

“Sama juga seperti di Semenanjun­g Malaysia, termasuk Sarawak saya mahu memberi amaran, tiada sebarang pembakaran hutan dibenarkan, malah juga termasuk tanah domestik, ladang, industri dan sebagainya.

“Jika kita dapati ia berlaku, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang- undang kepada pesalah,” katanya sambil menambah jerebu teruk melanda Baram Miri, awal tahun ini tidak seharusnya berulang.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia