Utusan Borneo (Sarawak)

Wadah kerajaan dekati kumpulan sasar

Raikan Aidilfitri dapatkan maklum balas, suara kehendak kepada kementeria­n: Rohani

- Oleh Jessica Jawing

Ia termasuk dasar atau pengurusan dan sebagainya... pada saya majlis seperti ini adalah masa terbaik jika ada yang mahu menyuaraka­n apa sahaja. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

KUCHING: Majlis Raikan Aidilfitri anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan sahaja memberi kegembiraa­n kepada kumpulan sasar tetapi menjadi wadah mendapatka­n maklum balas mengenai perkhidmat­an mereka.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pada majlis sedemikian ia memberi peluang kepada kumpulan sasar menyuaraka­n sesuatu yang mereka mahukan.

“Pada masa sebegini juga kita mendapat maklum balas dan mereka (kumpulan sasar) boleh menyuaraka­n sesuatu untuk tindakan susulan kita seterusnya.

“Ia termasuk dasar atau pengurusan dan sebagainya... pada saya majlis seperti ini adalah masa terbaik jika ada yang mahu menyuaraka­n apa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Raikan Aidilfitri ‘Indahnya Beraya’ anjuran kementeria­n di dewan DUN lama di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang serta menteri kabinet lain dan kumpulan sasar kementeria­n termasuk gelandanga­n, orang kurang upaya, warga emas, golongan miskin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawa­n.

Rohani berkata, majlis berkenaan merupakan acara tahunan kementeria­n dan program yang sama diadakan di Putrajaya minggu hadapan.

Katanya, ia diadakan bukan sahaja bagi merapatkan hubungan silaturahi­m di kalangan pegawai kementeria­n di pusat dan negeri tetapi bersama memberi penghormat­an kepada kumpulan sasar.

Terdahulu dalam ucapannya Rohani yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar menasihatk­an agar sambutan Syawal dijadikan sebagai titik tolak kepada semua supaya meluangkan masa bagi mengeratka­n hubungan kekeluarga­an terutama anak sendiri.

“Ini kerana institusi keluarga adalah platform terbaik dalam mencorakka­n kehidupan terutamany­a golongan remaja dan belia.

“Saya percaya hubungan kekeluarga­an yang dibentuk sempurna oleh ibu bapa yang menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik mencorakka­n masa hadapan anak- anak melalui pembinaan sahsiah cemerlang, memberi kasih sayang dan bimbingan berterusan,” katanya sambil memberitah­u ia adalah rezeki tidak ternilai.

Turut hadir pada majlis berkenaan semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta beberapa tetamu jemputan lain.

Majlis turut menyaksika­n Abang Johari serta isteri menyampaik­an sumbangan kepada kumpulan sasar yang hadir pada majlis meraikan Aidilfitri itu. KUCHING: Banyak bantuan kewangan dan sokongan ditawar kerajaan tidak dimanfaat sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera di negeri ini.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata antara faktor dikenal pasti ialah usahawan Bumiputera tidak mendaftar dan kurang pengetahua­n mengenai bantuan serta sokongan ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Banyak bantuan dan sokongan diberikan kepada usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera seperti pinjaman, geran, subsidi, pakej jentera dan sebagainya.

“Program Peningkata­n Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corp dan Skim Pinjaman Industri Kecil Sarawak (SPIKS) ditawarkan SEDC (Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak) khas untuk PKS, kurang dimanfaatk­an oleh usahawan Bumiputera,” katanya semasa ditemu bual kelmarin.

Menurut Naroden juga Menteri Muda E- Perdaganga­n, di bawah program BEEP, usahawan boleh mendapat pinjaman sehingga RM500,000 dengan kadar faedah rendah sekitar dua hingga tiga peratus.

Beliau memberitah­u dari 2011 hingga 2016, 60 peratus bantuan ditawarkan kerajaan diambil oleh usahawan bukan Bumiputera jika dibanding Bumiputera dalam bentuk nilai pinjaman.

“Namun kalau dari segi jumlah peminjam, usahawan Bumiputera lebih ramai. Mereka lebih memilih melakukan pinjaman kecilkecil­an sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Naroden menggalakk­an usahawan khususnya berada di luar bandar Sarawak agar mendaftar diri dengan agensi bertanggun­gjawab bagi membolehka­n mereka mendapat bantuan disediakan kerajaan.

Di Sarawak katanya pendaftara­n boleh dilakukan dengan empat agensi sama ada SME Corp, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.

Beliau memberitah­u bagi membantu usahawan mendaftar perniagaan mereka, Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan akan meneruskan program ‘Jerayawara Usahawan’ tahun ini dengan memfokus kawasan luar bandar.

“Kita percaya masih banyak usahawan di luar bandar belum mendaftar kerana faktor lokasi dan sebagainya. Oleh itu kita akan mendapatka­n mereka menerusi jerayawara ini,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Abang Johari bersama Juma’ani (belakang, kiri) sambil diiringi Rohani (belakang dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada kumpulan sasar kementeria­n yang turut hadir pada Majlis Raikan Aidilfitri ‘Indahnya Beraya’ di DUN lama, semalam.
SUMBANGAN: Abang Johari bersama Juma’ani (belakang, kiri) sambil diiringi Rohani (belakang dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada kumpulan sasar kementeria­n yang turut hadir pada Majlis Raikan Aidilfitri ‘Indahnya Beraya’ di DUN lama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia