Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat pengawasan di kawasan operasi di perbatasan: Stephen

-

KUCHING: Anggota tentera yang bertugas di perbatasan perlu sentiasa memperting­katkan pengawasan terutama di kawasan operasi.

Peringatan itu diberikan oleh Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, bagi memastikan kawasan sempadan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Saya berharap semua anggota Tentera Darat dan anggota Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat ( TNI- AD) saling bekerjasam­a di pos yang ditugaskan dalam melaksanak­an tugas keselamata­n di sempadan,” katanya semasa meraikan Malam Lebaran Aidilfitri bersama anggota di perbatasan Lubuk Antu baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, semua anggota saling membantu menggaul dodol, memasak lemang, ikan bakar dan memasak rendang serta ketupat.

Pada pagi raya pula, semua anggota Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah, seterusnya meraikan majlis sambutan hari raya bersama-sama.

Sementara itu, Stephen turut menyampaik­an sumbangan beg Hari Raya Aidilfitri daripada Angkatan Tentera Malaysia kepada semua anggota tentera di kem tersebut.

Turut hadir Pegawai TNI Febi Triandoko (502 Para Raider) serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua negara.

Stephen kemudianny­a ke Kem JPG Balai Ringin bagi menyampaik­an Sumbangsih Kuih Raya kepada anggota operasi di pos tersebut dan seterusnya ke pasukan 13 RAMD di Kem Pakit, Sri Aman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama- sama anggota pasukan tersebut dan menyampaik­an duit raya kepada anak-anak anggota.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Stephen merakamkan gambar kenangan bersama anggota di Kem JPG Balai Ringin.
UNTUK ALBUM: Stephen merakamkan gambar kenangan bersama anggota di Kem JPG Balai Ringin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia