Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap segelintir penduduk bantut pembinaan Jalan Long Lama-Ulu Baram: Masing

-

KUCHING: Harapan penduduk Baram supaya kerajaan meneruskan pembinaan Jalan Long Lama-Ulu Baram disekat oleh sikap pentingkan diri segelintir penduduk dari kawasan itu sendiri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata pembinaan jalan ini pada awalnya adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan projek Empangan Hidro Elektrik (HEP) Baram.

Malangnya terdapat sekumpulan penduduk yang menghalang pembinaan HEP Baram sehingga kerajaan memutuskan untuk menghentik­an projek ini.

“Saya difahamkan bahawa pembinaan HEP Baram ini akan menjadi pemacu untuk penduduk di Baram ini dan satu-satunya cara untuk menarik pelaburan luar.

“Sebab itu saya akan pastikan Empangan Baleh dibina kerana tanpa Empangan Baleh, penduduk di kawasan ini tidak akan mempunyai jalan,” kata Masing.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an menambah, rakyat perlu faham bahawa amat susah untuk membina jalan hanya untuk menampung beberapa rumah panjang sahaja.

Sebaliknya menurut Masing pembinaan jalan juga harus mengambil kira manfaat serta impak kepada rakyat dan negeri secara keseluruha­nnya.

“Sebab itu saya mahu pastikan Empangan Baleh ini berjaya kerana tanpa empangan tidak akan ada jalan.

“Jadi penduduk di Baram mesti buat keputusan sama ada mahu empangan dibina dan memanfaatk­an mereka di Baram dan seluruh Sarawak atau sebaliknya,” ujarnya.

Masing berkata demikian sebagai mengulas mengenai permintaan penduduk Baram yang mahu kerajaan meneruskan pembinaan Jalan Long Lama-Ulu Baram meskipun projek HEP Baram telah diberhenti­kan.

Dalam laporan kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata projek jalan ini telah dimulakan bagi beberapa meter namun dihentikan susulan sekatan oleh sekumpulan penduduk tempatan.

Susulan masalah ini, difahamkan peruntukan sebanyak RM700 juta bagi projek Jalan Long Lama-Ulu Baram ini kemungkina­n akan digunakan bagi membiayai projek lain.

“Saya gembira bahawa penduduk di Baleh mendengar dan menyokong rancangan kerajaan untuk membina empangan Baleh.

“Meskipun ada seorang dua yang membantah tetapi kita dapat selesaikan dengan cara baik. Apa yang penting empangan ini mesti diteruskan,” katanya.

HEP Baleh kini dalam pembinaan di mana sebahagian pakej telah dianugerah­kan dan jalan penghubung dari Kapit sehingga ke Ulu Baleh dijangka siap dalam tempoh tiga tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia