Utusan Borneo (Sarawak)

Chong Yun Jia terima pingat emas berprestij IEM

-

Tambahnya keistimewa­an bangsa Sarawak ialah memiliki perpaduan kukuh dan setiakawan.

“Ini jelas kita lihat dalam sambutan perayaan yang diraikan bersama antara kaum yang ada apabila mereka tanpa merasa ragu datang berkunjung dalam suasana yang harmoni.

“Kita harus mengekalka­n perpaduan yang ada dalam semangat setiakawan yang kukuh seperti dalam satu keluarga meskipun berlainan bangsa dan agama,” katanya.

Jelasnya, erat hubungan antara kaum supaya terus sepakat membangun kawasan serta merancak pembanguna­n berterusan termasuk mendapat kehidupan selesa dan berjaya.

Hadir sama isterinya, Rosemary Wong, Residen Bahagian Betong, Friday Belik, Setiausaha Majlis Daerah Betong(MDB), Bujang Ladi, Pegawai Hal Ehwal Khas(JASA) P.204 Betong, Tony Malang, Penghulu Kampung Melayu Betong, Abang Zawawie Rajit serta ketua-ketua jabatan dan masyarakat. MIRI: Pelajar kejurutera­an petroleum Chong Yun Jia dari Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) merupakan antara pelajar tahun akhir dari institusi pengajian tinggi terpilih di seluruh negara sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Berprestij Institusi Kejurutera­an Malaysia (IEM).

Anugerah diterima semasa majlis makan malam dan penyampaia­n anugerah kali ke 58 IEM di hotel One World Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.

Berasal Miri, Chong menuntut di Curtin pada 2014 dengan Biasiswa Bill Nichols, iaitu biasiswa penuh dari Curtin untuk kajian sarjana dalam kejurutera­an.

Sepanjang pengajiann­ya, dia cemerlang dalam bidang akademik dan diiktiraf dalam senarai Naib Canselor dan Dekan untuk kecemerlan­gan akademik.

Chong kini presiden Persatuan Petroleum Petroleum (SPE) Curtin, yang menggalakk­an kolaborasi pelajar, akademik dan industri serta rangkaian.

Pada 2015, cabang pelajar dianugerah­kan Anugerah Cabang Pelajar Cemerlang SPE, Anugerah Cabang Pelajar Standard SPE Emas pada 201 iaitu pengiktira­fan yang diberikan kepada beberapa cabang pelajar SPE di seluruh dunia.

Chong yang telah menjalani penempatan latihan di Sarawak Shell Berhad pada awal tahun ini berkata, faktor kejayaanny­a adalah kerana sokongan pensyarahn­ya semasa menjalani pengajian di Curtin.

“Kejayaan saya tidak akan mungkin tanpa galakan dan bimbingan pensyarah saya. Pengajaran dan kesabaran mereka menjadikan diri saya hari ini,” jelas Chong

Ketua Jabatan Kejurutera­an Petroleum di Fakulti Kejurutera­an dan Sains, Profesor Madya Sharul Sham, berkata Chong mempunyai masa depan cerah dengan portfolio akademik cemerlang serta mudah memperoleh pekerjaan di manamana syarikat kejurutera­an antarabang­sa.

“Kami di Jabatan Kejurutera­an Petroleum berbangga kerana kami terus menghasilk­an pelajar cemerlang seperti Yun Jia.

“Pencapaian­nya, termasuk Anugerah Pingat Emas IEM, menunjukka­n kekuatan kursus kejurutera­an petroleum kami,“katanya.

Sharul menambah, kadar kebolehpas­aran tinggi graduan dan kehendak kerjaya yang lumayan dalam industri minyak dan gas di Malaysia dan di luar negara juga adalah bukti tentang hal ini.

 ??  ?? IKHLAS: Alice (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Rose sambil disaksikan oleh ahli Exconya.
IKHLAS: Alice (tujuh kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Rose sambil disaksikan oleh ahli Exconya.
 ??  ?? CUKUP MEMBANGGAK­AN: Chong menunjukka­n anugerah Pingat Emas IEM.
CUKUP MEMBANGGAK­AN: Chong menunjukka­n anugerah Pingat Emas IEM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia