Utusan Borneo (Sarawak)

Masing: 80 peratus kawasan DUN Baleh boleh dihubungi jalan raya

-

KAPIT: Hampir 80 peratus kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Baleh kini dapat dihubungi kemudahan jalan raya terutama jalan disedia syarikat pembalakan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata, rakyat harus bersabar dan memahami kerana setiap pelaksanaa­n projek pembanguna­n di sesebuah kawasan memerlukan masa.

“Semasa saya mula bersama anda pada 30 tahun lalu, kawasan Baleh ini tdak dapat dihubungi. Berbanding kini Baleh boleh dihubungi melalui jalan raya biarpun menerusi jalan balak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Gendang, Sungai Puro, Gaat, Baleh di sini barubaru ini.

Masing juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, kini beberapa kawasan di sini juga mempunyai kemudahan akses internet dengan pembinaan menara telekomuni­kasi di Baleh.

“Pembanguna­n akan datang bila anda semua cukup bersabar. Saya berasa sangat gembira melihat penduduk di Baleh telah pun bersama sejak 30 tahun lalu masih bersama saya sehingga ke hari ini,” katanya.

Menurut Masing, sekitar 54 tahun lalu Kapit adalah sebuah kawasan tidak dapat dihubung kawasan lain di negeri ini.

“Tetapi kini, dalam tempoh empat tahun akan datang Kapit akan dapat dihubungka­n dengan kawasan lain di negeri ini dan tidak lagi menjadi sebuah pulau di Borneo,” jelasnya yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

Tegasnya, semua pembanguna­n itu adalah hasil daripada sokongan yang konsisten dan kepercayaa­n penuh rakyat terhadap wakil rakyat mereka pilih selama ini.

“Sebagai kesinambun­gan, saya berterima kasih kepada rakyat atas sokongan dan ke- percayaan serta memastikan mereka menikmati pembanguna­n yang diperlukan dengan sebagai contohnya ialah empangan hidro elektrik Baleh dan sebagainya,” katanya.

Pada majlis sama, Masing merasmikan projek tangki simpanan air di Rumah Gendang.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang, Residen Kapit Joseph Belayong Punan, Pegawai Daerah Bukit Mabong Douglas Pungga dan Wali Kota Majlis Daerah Kapit Philimon Nuing.

 ??  ?? KUNJUNG: Sempurai ( tiga kiri) bersama yang lain ketika berkunjung ke kediaman Halimah (empat kiri).
KUNJUNG: Sempurai ( tiga kiri) bersama yang lain ketika berkunjung ke kediaman Halimah (empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia