Utusan Borneo (Sarawak)

DAP tuntut SUPP kembalikan dana RM1 juta diterima daripada Najib

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menuntut Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengembali­kan dana sebanyak RM1 juta yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen mendakwa, ia kerana duit tersebut adalah datang daripada dana 1MDB.

“Sebagai parti politik dan pemimpin di negeri ini, SUPP sepatutnya menunjukka­n integriti mereka dengan mengembali­kan RM1 juta yang disumbangk­an oleh Perdana Menteri sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak di sini, semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, mereka mempunyai bukti mengenai dana yang diterima SUPP itu, iaitu salinan dua keping cek bank masing- masing bernilai RM500,000.

Katanya, kedua-dua cek tersebut bertarikh 9 Februari 2012 dan 5 April 2013.

“Dalam undang-undang, kalau mereka menerima duit ini maka ia adalah satu kesalahan tetapi kalau mereka mahu mengembali­kannya, kami alu-alukan,” katanya.

Dua minggu lalu, bintang Hollywood, Leonardo DiC- aprio memulangka­n Oscar yang dimenangi oleh Marlon Brando kepada penyiasat Amerika Syarikat susulan siasatan pengubahan wang haram terhadap 1MDB dan berusaha memulangka­n barangan lain yang tidak dinamakan yang diterimany­a sebagai hadiah untuk lelongan amal.

Sementara itu, baru-baru ini, model Australia Miranda Kerr menyerahka­n barangan kemas bernilai AS$8.1 juta kepada Jabatan Keadilan ( DoJ) Amerika Syarikat yang dikatakan dihadiahka­n oleh hartawan Malaysia, Jho Low yang membelinya dengan dana yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia