Utusan Borneo (Sarawak)

Isu infrastruk­tur Usahajaya Baru dibawa ke kerajaan pusat

-

SIBU: Masalah infrastruk­tur di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa di Jalan Salim di sini mendapat perhatian dan isu berkenaan akan dibawa kepada kerajaan persekutua­n.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng berkata, SUPP melalui dua cawanganny­a iaitu Bukit Assek dan Dudong akan bekerjasam­a dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dudong menyelesai­kan masalah tersebut demi keselesaan penduduk yang menunggu lama kampung dibangun.

“Beberapa bulan lalu, kita membuat tinjauan ke kampung tersebut bagi mengenal pasti masalah berkaitan seterusnya mengemuka pelan meningkatk­an insfrastru­kturnya kepada kerajaan persekutua­n.

“Oleh kerana keadaan paya di kawasan itu, saliran tersekat mengakibat­kan banjir kilat dan kerosakan jalan hingga membahayak­an pengguna jalan raya di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ngiling Bidai yang dianjurkan oleh seorang penduduk di situ iaitu Mamat Pata, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek Chieng Buong Toon.

Joseph juga salah seorang calon berpotensi SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang memberitah­u bahawa beliau akan menyampaik­an pemohonan berkenaan kepada Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan berjanji sentiasa mengikuti perkembang­an situasi di kampung tersebut.

Sementara itu, Mamat selaku pengerusi pengelola majlis tersebut dalam ucapannya berkata terdapat kira-kira 800 orang Iban hidup aman damai bersama masyarakat Melayu dan Cina di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa ini.

Jelasnya, setiap tahun mereka berkumpul bersama dan meraikan Hari Gawai bersama-sama.

“Masyarakat Iban di kampung ini akan memberikan sokongan penuh kepada Kaunselor Joseph Chieng sebagai calon Barisan Nasional ( BN) bagi Parlimen Lanang dan seterusnya menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Walaupun Joseph Chieng bukan kaunselor di kawasan ini, beliau dan pasukannya selalu turun padang dan mencuba yang terbaik untuk menyelesai­kan aduan penduduk,” katanya.

Katanya, rekod perkhidmat­annya terbaik telah memenangi penghormat­an dan sokongan dari penduduk tempatan di sini.

Dalam pada itu, Joseph melahirkan rasa terima kasih yang tulus ikhlas kepada penduduk ke atas kepercayaa­n yang diberikan kepadanya.

Beliau turut menggesa penduduk untuk terus menyokong BN dan akan memenangi kembali kerusi Parlimen Lanang pada PRU akan datang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia