Utusan Borneo (Sarawak)

Guna peruntukan k’jaan untuk bangun kawasan

JKKK harus bijak memanfaatk­an dana agar penduduk maju seiring pembanguna­n semasa: Masir

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menggesa ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di negeri ini agar mengguna setiap peruntukan disalur wakil rakyat untuk tujuan membangunk­an kampung dan rumah panjang masing-masing.

Beliau berkata, jika peruntukan disalur diguna secara betul nescaya kampung mahupun rumah panjang yang menerima peruntukan tersebut mampu bergerak maju seiring dengan pembanguna­n semasa.

“Saya memohon setiap JKKK di negeri ini menggunaka­n setiap peruntukan tersebut sebaik mungkin untuk tujuan membangunk­an kampung dan rumah panjang masing-masing.

“Kita tidak mahu geran disalur itu terbazir begitu sahaja tanpa diguna dengan betul. Akhirnya setiap anak buah sesebuah rumah panjang mahupun kampung terbabit mendapat kerugian disebab berlakunya pembaziran akibat perbuatan kita sendiri,” katanya.

Beliau juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Gawai Ngiling Tikai 2017 anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sri Aman, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Rumah Beredai, Spatak Empanggu, Jalai Paip, Sri Aman dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parli-

Saya memohon setiap JKKK di negeri ini menggunaka­n setiap peruntukan tersebut sebaik mungkin untuk tujuan membangunk­an kampung dan rumah

masing. ” panjang masing-

men Sri Aman dekat sini pagi semalam.

Masir menjelaska­n, sepatutnya setiap geran disalur itu dibelanja untuk keperluan perkakas rumah dan sebagainya bukannya untuk tujuan yang lain.

“Kalaulah wakil rakyat anda menyalurka­n geran untuk tujuan membeli perkakas rumah, maka wang tersebut harus dibeli untuk perkakas rumah bukannya untuk membeli keperluan yang lain,” tegasnya lanjut.

Hadir sama Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya ( JKR) Bahagian Sri Aman, Bujang Kanang, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman, Josipah Sabas, Penghulu Bailey Gamang, ketua-ketua masyar-

Datuk Masir Kujat Timbalan Menteri Dalam Negeri

akat setempat yang lain.

Masir turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM30,000 kepada JKKK Rumah Beredai, Spatak Empanggu, Jalai Paip, Sri Aman bagi tujuan menaik taraf rumah panjang berkenaan bagi tahun 2018 manakala RM5,000 disalurkan kepada JKKK dan Biro Wanita rumah panjang ini bagi tahun 2017.

 ??  ?? TRADISI: Masir (tengah) sedang menggulung tikar sebagai tanda penutupan Gawai peringkat Rumah Beredai, Spatak Empanggu pagi semalam.
TRADISI: Masir (tengah) sedang menggulung tikar sebagai tanda penutupan Gawai peringkat Rumah Beredai, Spatak Empanggu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia