Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Rumah Mandau terus dapat bantuan

-

SARIKEI: Mangsa kebakaran rumah panjang iaitu Rumah Mandau Sebangkoi Sarikei mendapat perhatian pelbagai pihak simpati dengan musibah dan nasib malang menimpa 60 penduduk rumah panjang terbabit.

Pelbagai pihak termasukla­h pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu dan juga organisasi kerajaan tampil dan menghulurk­an bantuan kepada mangsa berkenaan yang kebanyakan tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian terbabit.

Salah sebuah organisasi NGO telah tampil menunaikan tanggungja­wab sosial mereka dengan menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Mandau Sebangkoi Sarikei, semalam ialah Pertubuhan Belia Dayak Sarawak ( PEBEDAS) Sarikei.

Pengerusi PEBEDAS Sarikei Alex Chia, berkata, pihaknya perihatin dengan masalah menimpa penduduk tersebut dan bersedia menghulur segala bentuk bantuan termampu oleh organisasi terutama meringanka­n beban ditanggung mangsa kebakaran.

“Ahli PEBEDAS bergabung dan mengumpul pelbagai jenis bantuan disalur kepada penduduk terjejas.

“Antara sumbangan berjaya dikumpul daripada ahli PEBEDAS kepada mangsa ialah wang tunai, pakaian, bahan makanan serta beberapa barang keperluan asas yang lain, khususnya barangan dapur.

“Melalui sumbangan ini, kita berharap ia mampu meringanka­n sedikit sebanyak beban ditanggung penduduk sementara menunggu bantuan lain disalur kepada mangsa,” katanya ketika menghubung­i media semalam.

Turut hadir sama dalam menghulurk­an bantuan kepada mangsa tersebut ialah Pengerusi PEBEDAS Sibu, Mathew Mudai dan Pengerusi PEBEDAS Saratok, Ibil Jaya.

Sementara itu, turut tampil menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran ialah Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandrin Repok.

Pengerusi JCI Mandrin Repok Eileen Wong berkata, aktiviti ini merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial pertubuhan ini kepada masyarakat.

Katanya, semua sumbangan disalurkan kepada mangsa kebakaran adalah hasil daripada derma dan kutipan daripada ahli pertubuhan.

“Sumbangan berjaya dikutip daripada ahli JCI Mandrin Repok ialah pakaian juga bahan keperluan harian.

“Kita berharap selepas ini akan lebih banyak lagi pihak tampil menghulurk­an bantuan kepada mangsa ini kerana pada masa kini mereka memerlukan sokongan semua pihak dalam menghadapi segala bentuk cabaran,” katanya.

Semua sumbangan tersebut telah dihantar dan diserahkan kepada penduduk Rumah Mandau untuk diagih sesama mereka.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Eileen (enam kiri) bersama dengan ahli JCI Mandrin Repok yang lain menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Mandau Sebangkoi Sarikei.
RINGANKAN BEBAN: Eileen (enam kiri) bersama dengan ahli JCI Mandrin Repok yang lain menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Mandau Sebangkoi Sarikei.
 ??  ?? KONGSI KECERIAAN: Tiong (dua dari kanan) merakamkan gambar bersama-sama Sauni (tengah) sekeluarga sempena kunjungan raya beliau ke Kampung Sebuan Besar, semalam.
KONGSI KECERIAAN: Tiong (dua dari kanan) merakamkan gambar bersama-sama Sauni (tengah) sekeluarga sempena kunjungan raya beliau ke Kampung Sebuan Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia