Utusan Borneo (Sarawak)

Lima kampung di Kabong masih dilanda krisis air

Pihak berwajib ambil tindakan menghantar bekalan air menggunaka­n lori kepada penduduk terjejas

- Oleh Kepu Sidi

KABONG: Beberapa kampung di sini terus dilanda krisis air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu dan berlarutan sehingga semalam.

Situasi ini telah menyebabka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri penduduk lima kampung terjejas menjadi suram dan lebih fokus kepada usaha mencari termasuk mengumpul air untuk keperluan seharian.

Antara kampung terjejas tersebut ialah Kampung Sungai Benang, Kampung Hulu Lintang, Kampung Hulu Laut, Kampung Masjid Lama dan Kampung Hulu Tengah.

Justeru dalam meringanka­n masalah dan beban ditanggung penduduk, pihak berwajib dengan tindakan al-

Untuk langkah ini, sejumlah RM6,000 peruntukan telah digunakan bagi menghantar bekalan air kepada penduduk, khususnya untuk menampung kos pengangkut­an.

ternatif menghantar bekalan air menggunaka­n lori kepada penduduk terjejas.

Pegawai Daerah Kabong Kamaludin Alkap berkata, satu mesyuarat tergempar diadakan bersama ketua masyarakat kawasan terbabit dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) bagi membincang­kan isu serta mencari langkah penyelesai­an.

“Mesyuarat ini turut dihadiri Ahli Dewan Un- dangan Negeri ( ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir dan hasil mesyuarat terbabit, satu kata putus dibuat dijadikan langkah awal bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menghantar bekalan air menggunaka­n tong dan lori dilakukan.

“Untuk langkah ini, sejumlah RM6,000 peruntukan telah digunakan bagi menghantar bekalan air kepada penduduk, khususnya untuk menampung kos pengangkut­an,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, usaha mengambil air akan dilakukan di kawasan loji di sini termasuk Nyabir dan jika dua kawasan itu sukar untuk dipam, pihaknya akan mengambil air di loji utama di Lichok Roban.

Bagi merealisas­ikan usaha ini, sebanyak empat buah lori akan dikerah untuk melaksanak­an tugas mendesak itu yang operasinya bermula seawal jam 7 pagi.

Tambah Kamaludin lagi, proses penghantar­an air kepada penduduk terjejas ini akan dilakukan segara berterusan hingga masalah ini dapat diatasi.

Pada masa sama juga, penduduk dari kampung terjejas berharap masalah ini dapat diatasi pihak berwajib dalam tempoh yang terdekat ini.

Kamaludin Alkap Pegawai Daerah Kabong

 ??  ?? BANTUAN AIR: Pihak diamanah untuk menghantar bekalan air sedang mengagihka­n air kepada penduduk kampung terjejas.
BANTUAN AIR: Pihak diamanah untuk menghantar bekalan air sedang mengagihka­n air kepada penduduk kampung terjejas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia