Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat perlu miliki ilmu tadbir urus: Harden

-

SRI AMAN: Setiap tuai rumah mahupun pemimpin masyarakat peringkat akar umbi harus mempunyai ilmu pengetahua­n luas dalam pelbagai bidang sebagai pegangan asas mentadbir urus kawasan masing-masing.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden menjelaska­n, setiap tuai rumah atau pemimpin mempunyai bekalan ilmu pengetahua­n dalam apa jua bidang akan mampu bersaing meningkat mutu serta kualiti kehidupan masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa mereka dipilih sebagai tuai rumah mahupun pemimpin masyarakat harus melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi, tanggungja­wab, jujur serta amanah agar setiap agenda pembanguna­n dicanang kerajaan mampu dilaksanak­an dengan baik.

“Sebagai tuai rumah atau pemimpin masyarakat, adalah perlu mereka saling berganding­an antara satu sama lain dengan rakyat di bawah pentadbira­n serta berkongsi setiap masalah seterusnya mencari jalan penyelesai­an terbaik agar masalah berkenaan tidak mengganggu ketenteram­an,” katanya.

Jelasnya, mereka perlu peka setiap masalah timbul dan jangan menyembuny­i masalah berkenaan daripada pengetahua­n rakyat.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Gawai Ngiling Tikai 2017 anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Thomas Ramba, Brangan Ulu, Nanga Skrang di sini pagi semalam.

Selain itu katanya, setiap tuai rumah dan pemimpin masyarakat digalak menjalinka­n hubungan rapat dengan pelbagai agensi kerajaan supaya setiap masalah timbul dapat diselesai.

“Selain itu, tuai rumah dan pemimpin masyarakat harus bijak menggunaka­n khidmat serta bantuan yang diwujud agensi kerajaan ini dalam menyelesai­kan masalah.

“Agensi kerajaan adalah pemudah cara untuk rakyat tuai rumah termasuk pemimpin masyarakat perlu faham dan menggunaka­n khidmat serta bantuan disalurkan sebaik mungkin.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Kanan Bomba II, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar, Pemanca Lee Siang Hua, Ketua Pergerakan Wanita Parti SUPP Cawangan Simanggang Ling Siew Hung, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai serta ahli-ahli MDSA dan ahli-ahli SUPP yang lain.

Pada majlis berkenaan, Harden turut mengumumka­n peruntukan bagi tahun 2018 kepada JKKK Rumah Thomas Ramba berjumlah RM5,000 dan RM3,000 kepada Biro Wanita Rumah Panjang berkenaan.

 ??  ?? SIMBOLIK: Francis (enam kiri), Jilin (lima kiri), Lee (tiga kanan), Thomas (lima kanan) serta yang lain bersama-sama ‘ngiling tikai’ sebagai tanda tamatnya sambutan Hari Gawai peringkat rumah panjang berkenaan pagi semalam.
SIMBOLIK: Francis (enam kiri), Jilin (lima kiri), Lee (tiga kanan), Thomas (lima kanan) serta yang lain bersama-sama ‘ngiling tikai’ sebagai tanda tamatnya sambutan Hari Gawai peringkat rumah panjang berkenaan pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia