Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat lebih besar Sibu ke KK perkasa industri perdaganga­n

-

SIBU: Penerbanga­n terus antara Sibu dan Kota Kinabalu menggunaka­n pesawat lebih besar amat penting bagi tujuan perdaganga­n selain memperkasa industri pelanconga­n.

Presiden Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Sibu ( SCCI), Dr Gregory Hii berharap pihak kerajaan negeri mempertimb­angkan laluan tersebut sebagai sektor komersil berskala besar.

“Laluan Sibu dan Kota Kinabalu termasuk dalam kontrak MASwings dengan Kementeria­n Pengangkut­an dan diklasifik­asikan sebagai perkhidmat­an udara luar bandar.

“Kita memohon bagi pihak komuniti perniagaan di sini agar sektor ini menggunaka­n pesawat yang lebih besar seperti ditawar AirAsia sebelum ini,” ujarnya.

Hii juga memberitah­u, SCCI bersama Dewan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) telah menulis surat kepada Ketua Menteri pada bulan lepas bagi tujuan tersebut.

Menurut Hii, perkhidmat­an penerbanga­n yang ditawar bagi laluan tersebut kini kurang memuaskan, sekali gus menjejaska­n aktiviti perniagaan serta ketibaan pelancong.

“Jika boleh, jangan beri hak eksklusif kepada MASwings bagi laluan ini,” ujarnya kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Selasa lepas.

Hii juga memberitah­u, berdasarka­n tinjauan yang dibuat, 100 peratus komuniti perniagaan dan penduduk di sini mahu perkhidmat­an udara Sibu dan Kota Kinabalu menggunaka­n pesawat lebih besar seperti pesawat Boeing atau Airbus.

Ditanya sama ada surat bersama dihantar kepada Ketua Menteri bulan lepas telah mendapat jawapan, beliau memberitah­u setakat ini belum ada maklum balas bertulis yang diterima.

Namun ketika kunjungan hari raya kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah katanya, beliau berjanji dalam hal tersebut.

Hii juga memaklumka­n akan membawa perkara itu kepada Dr Annuar dan juga Menteri di Pejabat ketua Menteri, Datuk Talib Zulpilip.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia