Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong teruskan kunjungan raya ke rumah kenalan

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing berserta ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) Bintulu meneruskan kunjungan raya ke rumah ketua masyarakat serta kenalan beliau di Kampung Sebuan Besar dan Kampung Sebuan Kecil, semalam.

Antara kediaman sempat beliau kunjungi ialah rumah Ketua Kampung Sebuan Besar iaitu Sauni Saibi, Ketua Kampung Sebuan Kecil, Bolhassan Semut serta rumah kenalan beliau yang terdapat di dua kampung bersebelah­an itu.

Beliau sebagai berkata amalan saling mengunjung­i ini terutama menjelangn­ya sambutan perayaan harus diteruskan pada masa hadapan khususnya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di bahagian ini.

“Amalan sebegini sememangny­a menjadi tradisi masyarakat kita sejak zaman dahulu lagi dan ia wajar diterus dalam usaha merapat lagi jalinan kerjasama serta mengukuhka­n perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum serta berbeza latar belakang di sini,” ujarnya.

Justeru katanya, amalan sebegini haruslah dijadikan platform buat semua pihak bagi mengukuhka­n lagi talian silaturahi­m sesama sendiri ke arah mewujudkan suasana hidup harmoni dalam kalangan masyarakat setempat di kawasan Bintulu.

“Apa penting sekali ialah amalan bertandang ke rumah sahabat handai serta rakan sempena hari perayaan sedikit sebanyak membantu kita saling memahami akan perayaan sahabat beragama Islam sekali gus memahami sendiri mengenai keindahan Syawal,” tambahnya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia