Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar denda hilang pasport dicadang RM200-RM1,000

31,287 kes pasport hilang enam bulan pertama tahun ini

-

PUTRAJAYA: Jabat a n I m i g r e s e n b e r c a - dang mengenakan penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantia­n pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatka­n 31,287 kes pada enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali berkata kerajaan sedang mempertimb­ang cadangan mengenakan penalti terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran yang dikenakan bagi permohonan penggantia­n kad pengenalan diri, MyKad yang hilang.

Selama ini, Jabatan Imigresen tidak mengenakan penalti terhadap mereka yang kehilangan pasport.

“Peraturan perlu diubah dan cadanganny­a adalah jika hilang kali pertama dikenakan denda RM200, manakala hilang kali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000.

“Ini bukan niat untuk menghukum tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggun­gjawab terhadap pasport yang dimiliki,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Januari lepas, Jabatan Imigresen telah mengemukak­an cadangan tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, dan secara dasarnya sudah dipersetuj­ui.

Mustafar berkata sikap cuai rakyat negara ini antara faktor jumlah pasport hilang agak tinggi walaupun ia merupakan barang berharga yang menghendak­i pemiliknya menjaga dokumen itu dengan baik.

“Kes kehilangan pasport Malaysia ini dilihat mudah berlaku tak kira di dalam atau luar negara. Kehilangan disebabkan kecurian masih boleh diterima tapi kalau asyik hilang, ini tidak elok,” katanya sambil menambah ada individu yang melapor- kan kehilangan pasport sehingga empat kali.

Berdasarka­n statistik Jabatan Imigresen, 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun ini sehingga 2 Jun lepas, dengan 22,475 daripadany­a atas alasan ‘tidak ingat di mana simpan’ manakala 2,858 pula dikatakan hilang semasa pindah rumah.

Antara sebab kehilangan pasport ialah tidak ingat tempat pasport disimpan, tertinggal dalam kenderaan awam, tercicir daripada beg atau poket, dicuri atau dirompak, hilang semasa kebakaran atau berpindah rumah dan hilang disebabkan bencana alam, katanya.

Mustafar berkata berdasarka­n statistik terbaharu itu, negeri Johor merekodkan jumlah kehilangan tertinggi dengan 5,734 pasport, diikuti Kuala Lumpur (4,399) dan Selangor dengan 3,409 kes.

“Bagi luar negara, jumlah tertinggi adalah di Australia iaitu 43 pasport, diikuti Singapura (41), Hong Kong (11) dan 10 di Perancis, kebanyakan­nya akibat rompakan atau kecurian atau tercicir dari poket dan sebagainya,” katanya.

B e l i a u m e n g g e - sa pemegang pasport supaya lebih bertanggun­gjawab dengan tidak meletakkan dokumen itu di merata tempat dan membuat permohonan pasport baharu dengan alasan ia telah hilang.

Beliau menjelaska­n pasport yang hilang dan dibatalkan namun ditemui semula tidak boleh digunakan bagi mengelak ia disalah guna.

Pasport Malaysia, katanya, merupakan antara yang terbaik di dunia dan ini sekali gus mengurangk­an cubaan memalsukan dokumen penting itu.

Dalam pada itu, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mengenakan penalti RM100 bagi kehilangan kali pertama MyKad, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000. — Bernama

Ini bukan niat untuk menghukum tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggun­gjawab terhadap pasport yang dimiliki. Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Jabatan Imigresen

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPUAN: Ali Hamsa pada sidang media selepas meninjau laluan pejalan kaki menghubung­kan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Muzium di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama TUMPUAN: Ali Hamsa pada sidang media selepas meninjau laluan pejalan kaki menghubung­kan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Muzium di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia