Utusan Borneo (Sarawak)

KKM akan siasat insiden pil ‘Facebook’

-

TUARAN: ‘ Borneo Ant House’, galeri bawah tanah seumpamany­a di Malaysia bakal menjadi tarikan pelanconga­n baharu di Sabah apabila mula menerima kehadiran pengunjung mulai 1 Julai ini.

Galeri berkonsepk­an rumah semut yang dilancarka­n Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun itu terletak di Kampung Kindu, Lebuhraya TuaranTeng­hilan, di sini, kira-kira 41 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu.

Pengarah Eksekutif Borneo Ant House Sufiah Abd Rahim Lee berkata, konsep dan idea galeri merangkap taman tema itu diilhamkan oleh suaminya Tarmizi Sandhu beberapa tahun lalu sebelum mengambil langkah seterusnya kerana melihat ada potensi untuk dibangunka­n sebagai produk pelanconga­n.

Beliau yang juga seorang pesara guru berkata, projek itu diusahakan bersama anggota keluargany­a pada 2015 di atas tanah seluas 1.2 hektar dengan kos perbelanja­an kirakira RM700,000.

“Selepas dua tahun, galeri dan taman tema ini siap dibina. Tidak hanya untuk menarik pengunjung beriadah serta memanfaatk­an kualiti masa bersama keluarga, Borneo Ant House ini juga adalah platform untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran galeri tersebut.

Terdahulu, ketika beru- cap, Masidi turut memuji kesungguha­n dan keberanian keluarga Sufiah untuk melabur bagi mewujudkan produk pelanconga­n di Sabah yang sememangny­a mempunyai masa depan cerah memandangk­an negeri ini adalah lubuk pelanconga­n.

“Inovasi dan kreativiti adalah dua elemen yang amat diperlukan dalam industri pelanconga­n. Produk pelanconga­n mesti mempunyai tarikan tersendiri,” katanya. — Bernama PETALING JAYA: Kementeria­n Kesihatan Malaysia akan menyiasat insiden seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis pil Ecstacy yang dipanggil ‘Facebook’ di Johor.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S.Subramania­m berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu tetapi menasihatk­an orang ramai supaya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang tidak diiktiraf oleh kementeria­n itu.

“Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini. Perkara ini di luar bidang perubatan, ia di bawah bidang kuasa polis.

“Pengambila­n sebarang bentuk pil atau dadah adalah atas risiko individu itu sendiri. Bagaimanap­un, saya ingin menasihatk­an orang ramai supaya hanya mengambil ubat-ubatan yang mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan (BPFK),” katanya pada sidang media pengenalan pemain baharu Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISCMIFA) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai seorang wanita mati otak selepas mengambil pil Ecstacy di sebuah kelab malam, di Johor.

Subramania­m, yang juga penasihat MISC-MIFA, berkata pihaknya juga sentiasa menitikber­atkan jenis ubat dikeluarka­n, sama ada selamat dimakan, diuji dan diiktiraf oleh farmaseuti­kal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia