Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rayong rasmi majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ‘Ngetas Ranyai’

-

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Nyipa merasmikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan ‘Ngetas Ranyai’ yang diadakan di kediaman Mohd Zakaria Abdullah @ Sulau di Merindun, Engkilili semalam.

Sulau, selaku pengerusi sambutan hari raya sebelum itu mengalu-alukan Dr Rayong dan semua tetamu ke majlis tersebut.

Majlis yang julung kali itu dihadiri bukan sahaja penduduk di sekitar Merindun dan Engkilili amnya malah turut menghimpun­kan seramai 99 mualaf dari Kampung Saudara Baru, Merindun di sini.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu dalam ucapan ringkasnya berkata, semua kawasan di DUN Engkilili akan diagihkan dengan pelbagai projek pembanguna­n di bawah Program Transforma­si Luar Bandar ( RTP) serta Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

“Semua projek tersebut telah, sedang dan akan dilaksanak­an dan dijangka siap mengikut jadual dan spesifikas­i ditetapkan oleh agensi kerajaan yang relevan,” ujarnya.

“Maka itu, saya berharap agar rakyat di konstituen­si ini bersabar jika sekiranya projek sedikit lewat kerana wujud faktor luaran serta luar jangka yang menyumbang kepada kelewatan itu...namun saya berjanji akan membawa serta menyalurka­n sebanyak mungkin pembanguna­n untuk DUN ini sepanjang lima tahun akan datang,” tegasnya.

Tambahnya, rakyat khususnya pengundi harus terus bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana hanya kerajaan kini mampu merealisas­ikan impian dan harapan rakyat terutama dalam menyalurka­n pembanguna­n.

Beliau menggesa peneroka Skim Merindun untuk terus menyokong kerajaan BN Negeri di bawah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg selain Nyalau pada pilihan raya parlimen akan datang.

“Berilah peluang untuk Abang Johari memimpin negeri ini ke fasa baharu pentadbira­n yang disokong kabinet yang utuh serta Nyalau yang diyakini mampu berkhidmat penuh cemerlang untuk lima tahun lagi,” katanya.

Turut hadiri ke majlis tersebut ialah pembantu khas Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak iaitu Zaini Aji.

Zaini dalam ucapan ringkasnya berkata tempoh pelaksanaa­n sesuatu projek banyak bergantung kepada sumber kewangan selain pihak pelaksana iaitu kontraktor.

“Sebagai setiausaha peribadi Nyalau, saya tidak ada kuasa untuk mempercepa­tkan projek yang dijanjikan. Pelaksanaa­n projek bergantung kepada agensi lain termasuk kontraktor,” katanya.

Pada majlis tersebut, Dr Rayong turut menyampaik­an cek masing-masing bernilai RM15,000 kepada Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Kes- elamatan Kampung (JKKK) Rumah Irak manakala Biro Wanita mendapat RM10,000.

Sementara JKKK Kampung Baru dan Biro Wanitanya menerima RM10,000 dan RM5,000.

Dalam pada itu Zaini yang mewakili Nyalau turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM20,000 untuk mendirikan pagar Kampung Saudara Baru tersebut.

Majlis kemudian diteruskan dengan sambutan hari raya serta ‘Ngetas Ranyai’ oleh penduduk di perkampung­an tersebut.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Rayong menyampaik­an cek kepada Mohd Zakaria sambil diperhatik­an Zaini serta mereka yang lain selepas perasmian Majlis Hari Raya Aidilfitri dan ‘Ngetas Ranyai’ di Merindun, Engkilili semalam.
GUNAKAN SEBAIKNYA: Dr Rayong menyampaik­an cek kepada Mohd Zakaria sambil diperhatik­an Zaini serta mereka yang lain selepas perasmian Majlis Hari Raya Aidilfitri dan ‘Ngetas Ranyai’ di Merindun, Engkilili semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia