Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak mati didera: Polis buru lelaki warga Afrika

Suspek berjaya lolos ketika polis menahan ibu mangsa

-

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki warga Afrika bagi membantu siasatan kes kanak- kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis lepas, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s ACP Ruslan Khalid berkata lelaki berkenaan merupakan teman lelaki ibu mangsa dan dikenali sebagai Ebiziem Afeanyi Stephen, 31.

Beliau berkata, suspek berjaya meloloskan diri ketika polis menahan ibu mangsa yang berusia 28 tahun itu di Bayan Baru, Pulau Pinang pada Jumaat lepas.

“Kami percaya lelaki itu dapat membantu polis melengkapk­an siasatan kes ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Ruslan berkata tempoh reman ibu mangsa yang tamat hari ini dijangka disambung bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan tersebut.

Ibu mangsa yang tidak bekerja itu mempunyai dua lagi anak, masing- masing lelaki berusia dua tahun dan lima bulan yang kini di bawah jagaan pihak hospital.

“Tiada kesan cedera atau tanda-tanda mereka berdua didera,” kata Ruslan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu menghubung­i Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield­s di talian 03-90516222 atau balai polis berhampira­n.

Media sebelum ini melapor- kan ibu mangsa dan teman lelakinya menghilang­kan diri setelah meninggalk­an kanakkanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah hospital swasta di Cheras pada 20 Jun lalu.

Mangsa yang patah tangan serta mengalami pendarahan otak kemudian dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Dalam perkembang­an lain, Ruslan berkata polis menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu satu kumpulan yang terlibat dalam kes samun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Kuchai Lama di sini, yang mengakibat­kan kerugian sekitar RM2.5 juta pada Khamis lepas.

“Mereka mahir dan profesiona­l...mereka terlibat dengan kes samun di Kuala Lumpur dan juga Selangor,” katanya.

Dalam kejadian kirakira jam 11 pagi itu, empat lelaki yang memakai topi keledar serta rompi dan dipercayai bersenjata­kan pistol telah masuk ke dalam kedai emas di pasar raya tersebut dan melarikan lebih 10 dulang barang kemas yang diletakkan di rak pameran. — Bernama

 ?? — Gamabr Bernama ?? APA KHABAR: SAC Sharul (tengah) beramah mesra dengan anggota yang bertugas pada Op Selamat 11 sempena sambutan Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah semalam.
— Gamabr Bernama APA KHABAR: SAC Sharul (tengah) beramah mesra dengan anggota yang bertugas pada Op Selamat 11 sempena sambutan Aidilfitri di Sungai Petani, Kedah semalam.
 ?? — Gamabr Bernama ?? DIBURU: ACP Ruslan menunjukka­n gambar Ebiziem Afeanyi yang terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak lelaki hingga menyebabka­n kematian, Khamis lalu ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield­s, di ibu negara semalam.
— Gamabr Bernama DIBURU: ACP Ruslan menunjukka­n gambar Ebiziem Afeanyi yang terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak lelaki hingga menyebabka­n kematian, Khamis lalu ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield­s, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia