Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan tiga lelaki lolos sekatan jalan raya

-

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya Ops Selamat 11/2017 di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi semalam.

Komander Operasi SubTek Zon Utara Ops Selamat, Supt Shahrum Hashim berkata tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun itu cuba bertindak memecut kereta dinaiki mereka ketika dihampiri oleh anggota dan pegawai trafik yang bertugas dalam Ops Selamat berkenaan.

“Hasil tindakan pantas polis telah berjaya menahan kereta dinaiki tiga lelaki itu pada jam 1 pagi ketika mereka cuba melarikan diri.

“Hasil pemeriksaa­n ter- hadap kenderaan itu menemui tiga plastik lutsinar dipercayai dadah jenis syabu dan rokok daun yang dicampur dengan ganja,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata pemeriksaa­n lanjut terhadap kereta mereka mendapati terdapat tiga waran tangkap atas kesalahan tiada lesen memandu dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. — Bernama ARAU: Seorang kanak-kanak perempuan maut, dua cedera parah dan tiga lagi cedera selepas kenderaan dinaiki enam sekeluarga itu terbabas dan melanggar pokok di Km16 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini malam kelmarin.

Nursyazani Shazrin, 4, yang cedera parah pada badan disa- hkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, manakala ibunya Norhana Sawal, 30, dan sepupunya Nur Ufairah Afiqa Mohd Zaini, 3, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata, tiga lagi iaitu bapa Nursyazani, Shazrin Sajat, 30, dan abang Norhana, Mohd Zaini Sawal, 41, serta anaknya Nur Uzma Aqilah, 6, cedera.

Nanda berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam apabila Honda Stream yang dipandu Shazrin hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Keluarga terbabit yang berasal dari Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari Langkawi, katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 19987. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia