Utusan Borneo (Sarawak)

Dua remaja lelaki ditahan dalam Ops Samseng Jalanan

-

SUNGAI PETANI: Dua remaja lelaki ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan kerana dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan melulu dan marabahaya di sekitar Jalan Alor Setar-Butterwort­h dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata remaja berumur 18 dan 19 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kuala Muda secara berasingan dengan masing-masing pada jam 4 pagi dan 3.30 pagi.

Tangkapan pertama melibatkan remaja lelaki berusia 19 tahun bekerja sebagai operator kilang yang berasal dari Kuala Ketil, Baling ketika anggotanya melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan operasi.

“K e t i k a p e m a n - tauan itu, kumpulan empat motosikal didapati menunggang secara melulu dan berbahaya cara zig-zag sambil membongkok­kan badan untuk bersaing menguji kelajuan motosikal antara satu sama lain.

“Pengecaman kemudian dilakukan terhadap seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 125 Z berwarna hitam setelah melakukan dua pusingan jalan lurus di lampu isyarat Taman Ria dan lampu isyarat hadapan Jakel yang mana jarak antara keduanya sekitar satu kilometer,” ka- tanya kepada pemberita semalam.

Md Zukir berkata anggotanya menahan remaja itu selepas mengekorin­ya hingga ke lampu isyarat hadapan Jakel semasa mahu membuat pusingan dan motosikaln­ya turut dirampas untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata setengah jam kemudian polis menahan seorang lagi remaja lelaki berusia 18 tahun berasal dari Taman Peruda di sini, kerana melakukan aksi sama di lokasi remaja pertama ditahan.

“Selepas melakukan tiga pusingan di jalan lurus dekat lampu isyarat Taman Ria dan Jakel, remaja itu kita tahan dan motosikal jenis Honda Wave warna hitam yang ditunggang­inya kita rampas untuk tindakan,” katanya.

Katanya berikutan itu kedua- dua remaja lelaki yang tidak mempunyai lesen itu dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Mereka juga direman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) di lokap Balai Polis Sungai Petani untuk membolehka­n siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Md Zukir berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia