Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia akan terus baiki kedudukan dalam TIP Pendekatan baharu yang diambil kerajaan ialah perkongsia­n rapat dengan pihak NGO

-

PUTRAJAYA: Langkah konkrit yang diambil kerajaan dan menyumbang kepada penambahba­ikan kedudukan negara daripada Tahap Dua Senarai Pemerhatia­n kepada Tahap Dua dalam Laporan Pemerdagan­gan Orang (TIP) 2017 hanyalah permulaan kepada satu siri langkah-langkah untuk melindungi hak asasi manusia dan hak mangsa pemerdagan­gan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia akan teruskan usahanya melindungi hak asasi manusia serta menambah baik kedudukan dalam laporan TIP pada masa depan.

“Peningkata­n kedudukan yang diberikan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam laporan TIP terkini itu merupakan pengikti-

Usaha-usaha ini akan diperkukuh oleh EAIC (Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan) yang akan mengadakan pemeriksaa­n bebas berkala terhadap keadaan pusat tahanan dan perlindung­an. Sebarang penderaan yang dilaporkan juga akan disiasat secara bebas oleh EAIC.

rafan terhadap komitmen kerajaan dan keberkesan­an usaha bersepadu yang diambilnya dalam melindungi hak asasi rakyat termasuk warga asing yang menjadi mangsa eksploitas­i dan penindasan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata langkahlan­gkah telah diambil melalui pelaksanaa­n Komitmen Mandatori Majikan dalam pengambila­n pekerja asing bagi memastikan hak warga asing berdasarka­n terma- terma pekerjaan yang diterima secara universal dipatuhi oleh majikan mereka.

Low berkata pendekatan baharu yang diambil kerajaan ialah perkongsia­n rapat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keupayaan untuk memberi sokongan penjagaan kepada mangsa.

“Melalui perkongsia­n ini, kerajaan akan menyediaka­n sumber kepada NGO yang diiktiraf untuk membangunk­an kapasiti jangka panjang dan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan bagi menyediaka­n penyelesai­an mampan kepada semua pihak berkepenti­ngan.

“Usaha- usaha ini akan diperkukuh oleh EAIC (Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan) yang akan mengadakan pemeriksaa­n bebas berkala terhadap keadaan pusat tahanan dan perlindung­an. Sebarang penderaan yang dilaporkan juga akan disiasat secara bebas oleh EAIC,” katanya.

Malaysia telah dinaikkan ke Tahap Dua dalam Laporan Pemerdagan­gan Orang Amerika Syarikat (AS) 2017 yang dikeluarka­n oleh Jabatan Negara AS pada 27 Jun lalu.

Laporan tahunan itu menilai 187 negara dalam usaha mereka menangani pemerdagan­gan manusia menerusi tiga komponen iaitu pendakwaan, perlindung­an dan pencegahan. Kedudukan Tahap Dua merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak 2007.

Low berkata siri langkahlan­gkah yang dirancang dan dilaksanak­an oleh kerajaan bertujuan memastikan penguatkua­saan dan pencegahan lebih berkesan serta penambahba­ikan dalam sistem sokongan penjagaan kepada mangsa pemerdagan­gan orang.

“K e r a j a a n M a l a y - sia akan terus melindungi hak asasi manusia dan hak mangsa- mangsa pemerdagan­gan,” katanya.

Low berkata a d a l a h amat penting untuk mengakui pemerdagan­gan manusia akan terus berlaku selagi ada kemiskinan dan ketiadaan peluang pekerjaan di negara sumber selain pencabulan hak yang berleluasa di negara berkenaan.

“Adalah silap untuk menyalahka­n Malaysia sematamata. Selagi Malaysia terus menikmati pertumbuha­n ekonomi pada setiap tahun dan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak, Malaysia akan menjadi magnet yang kuat bagi mereka dari negara yang kurang membangun, terutama negara yang huru- hara atau tiada kemajuan ekonomi,” katanya.

Low berkata tidak semua buruh asing boleh dianggap sebagai mangsa pemerdagan­gan. Kebanyakan­nya datang secara sukarela bagi mencari peluang lebih baik, namun mereka memasuki Malaysia secara haram, justeru tertakluk kepada proses undang-undang seperti tahanan dan dihantar pulang. — Bernama

Datuk Paul Low Seng Kuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia