Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota wanita APM bercita-cita menjadi penjinak ular

-

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sekurang- kurangnya enam kes pecah rumah di Apartment Permata, Bandar Perda di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan ke sebuah unit di pangsapuri sama kira-kira jam 1 petang kelmarin.

“Polis menerima laporan berhubung kes pecah rumah membabitka­n penghuni yang pulang berhari raya di kawasan apartmen itu dan bertindak hasil maklumat serta risikan kami menyerbu kediaman disewa lelaki berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam rumah lelaki yang berasal dari Seri Manjung, Perak itu polis menemui pelbagai peralatan elektrik antaranya televisyen, radio dan pemanas air serta barang kemas dan pakaian yang dipercayai dicuri,” katanya di sini semalam.

Katanya, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu dalam tempoh tiga hari bermula 24 Jun selepas memantau unit-unit yang penghuniny­a pulang ke kampung untuk berhari raya.

Nik Ros Azhan berkata, suspek masuk ke rumah mangsa dan mencuri pelbagai barangan termasuk kuih raya, baju serta kasut yang ditinggalk­an penghuni.

“Berdasarka­n siasatan, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu turut terlibat beberapa kes pecah rumah lain di sekitar daerah SPT sejak awal tahun ini. Kami turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah antaranya pemutar skru,” katanya. —Bernama KUALA LUMPUR: Nampak sahaja ular, pasti ramai mula berasa panik dan takut, apatah lagi untuk menangkap reptilia berbisa itu jika tahu serangan haiwan itu boleh mengundang pelbagai komplikasi termasuk maut.

Lebih- lebih lagi jika haiwan itu memasuki rumah atau kawasan sekitarnya, sudah pasti kebanyakan golongan wanita akan meminta bantuan kaum lelaki, jika ada yang berani, untuk membunuh, mengangkap atau mengusir bintang itu.

Namun tidak bagi ang- gota wanita Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Diana Kasman, 24, yang selesa dengan tugasnya yang antara lain memerlukan­nya menangkap haiwan berbisa itu.

Graduan universiti itu, yang berkhidmat selama empat tahun di Ibu Pejabat APM, Jalan Semarak di sini, sering diminta membantu menangkap ular walaupun di luar waktu tugas.

“Ada kalanya ketika saya sedang bercuti, ada jiran datang ke rumah meminta bantuan untuk menang- kap ular di rumah mereka. Saya sudah biasa menangkap ular yang masuk ke dalam rumah seperti ular sawa dan ular tedung,” kata wanita itu yang menetap di Bandar Baru Sentul di sini.

“Kebiasaann­ya ular masuk ke dalam rumah kerana habitat mereka terganggu menyebabka­n haiwan itu berpindah habitat dan mencari tempat sejuk untuk berlindung,” katanya yang bercita- cita mahu menjadi seorang penjinak ular.

Diana menegaskan ba- hawa menangkap ular bukan tugas yang mudah kerana ia memerlukan teknik dan kemahiran kerana jika tersalah langkah akan mendatangk­an bahaya.

“Kita perlu berada di bahagian belakang ular yang ingin ditangkap kerana jika tangkap secara berhadapan ia akan serta-merta mematuk mangsa,” katanya.

Beliau berkata, sejak di universiti lagi beliau didedahkan dengan aktiviti lasak ketika menyertai Kor Sukarelawa­n Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) dan pengalaman itu membuatkan­nya menjadi seorang yang berani.

“Waktu menyertai Kor Suksis saya telah didedahkan dengan pelbagai ilmu hutan dan ilmu ikhtiar hidup, sejak daripada itu timbul minat saya untuk menyertai badan beruniform pasukan negara serta menangkap haiwan liar,” katanya.

B a g a i m a n a p u n , katanya, tidak ramai anggota wanita APM berminat melakukan tugas- tugas khas sepertinya terutamany­a menangkap reptilia berbisa itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia