Utusan Borneo (Sarawak)

Lakukan yang terbaik dan berdoalah: Dr Noor Hisham

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memperkata­kan tentang peri pentingnya untuk melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa yang penuh barakah.

Beliau berkata, menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan membaca ‘Bismillah irRahman ir-Rahim’, kalimah bahasa Arab yang membawa maksud ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihan­i.’

Menulis di laman Facebookny­a, Dr Noor Hisham berkata, “Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaska­n kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri- ciri pembedahan tersebut.

“Kita harus meyakinkan mereka bahawa kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka.”

Beliau mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalin­ya apabila beliau terpaksa mematahkan tulang sternum pesakit bagi membuang kanser tiroid folikular berulang yang mengakibat­kan pesakit tersebut kehilangan darah lebih 15 liter.

Dr Noor Hisham berkata pakar bius bertugas ketika itu telah berputus asa dan beliau juga hampir menyerah kalah.

“Namun dengan izin Allah SWT, pesakit itu dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu kemudian.

“Selama bertahun- tahun bertugas sebagai pakar bedah, saya belajar satu perkara penting – kita boleh cuba untuk lakukan yang terbaik untuk menjalanka­n pembedahan tersebut, lebihlebih lagi jika ia sangat sukar,” katanya.

Catatan Facebook beliau itu dibuat berikutan terdapat kritikan terhadap juruterban­g pesawat AirAsia X penerbanga­n D7237 yang dilaporkan meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat tersebut mengalami gegaran semasa dalam penerbanga­n dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Walaupun keadaan itu dikaitkan dengan isu teknikal enjin, pesawat tersebut berjaya patah balik dan mendarat dengan selamat di Perth.

Banyak pihak yang memuji tindakan juruterban­g dan kru pesawat itu kerana begitu profesiona­l dalam menangani situasi tersebut serta memastikan keselamata­n semua yang berada di dalam pesawat berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia