Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat mangsa lemas pantai Morib ditemui

-

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap pertuduhan memukul isterinya menggunaka­n sebatang kayu pada Ahad lepas.

Tertuduh M. Vicknesh, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Pendaftar Bonny Empoh selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan.

Lelaki itu dituduh mendatangk­an kecederaan terhadap M. Sakunthala Devi dengan menggunaka­n sebatang kayu di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat, Kampung Muhibah, Bukit Jalil, jam 9.30 malam pada 25 Jun lepas.

P e r t u d u h a n a d a l a h mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan 7 Ogos ditetapkan untuk sebutan semula kes. — Bernama SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki yang hilang ketika menjaring ikan di pantai Morib, Banting, pada petang kelmarin, ditemui terdampar di pantai kira-kira lapan kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat Juani Mohd, 61, dijumpai oleh orang awam pada kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam di Pantai Morib, berhampira­n dengan sebuah resort.

“Mayat dihantar ke Hospital Banting bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, identiti mangsa te- lah disahkan oleh salah seorang anaknya, Mohd Salleh Juani, 29, berdasarka­n pakaian dan kasut yang dipakai oleh mangsa berikutan keadaan mayat mangsa yang terjejas teruk.

Juani dilaporkan hilang ketika menjaring ikan bersama anaknya pada kedudukan kira-kira satu batu nautika dari persisir pantai Morib. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia