Utusan Borneo (Sarawak)

Isteri penghidap kanser tahap empat mohon bantuan

-

ALOR SETAR: Seorang isteri memohon bantuan orang ramai bagi membantuny­a memenuhi keperluan suaminya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Siti Kartini Abdullah, 38, dariJalan Teluk Wanjahdisi­ni berkata suaminya, Iskandar Abdullah, 47, disahkan menghidap penyakit itu pada Ogos tahun lalu selepas membuat pemeriksaa­n di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

“Pada awalnya, doktor suspek suami menghidap penyakit Tibi (Tuberkulos­is) pada Jun dan apabila menjalanka­n pemeriksaa­n pada Ogos, doktor maklumkan paru-parunya dimasuki air dan pemeriksaa­n lanjut menjumpai ketulan kanser dalam paru-parunya.

“Sebelum ini suami ulangalik ke Hospital Sultanah Bahiyah tetapi kelmarin (Selasa) saya bawa suami ke hospital selepas dia tidak sedarkan diri dan ia berkemungk­inan berpunca akibat kanser itu mula merebak ke kawasan lain,” katanya kepada Bernama semalam.

Biarpun tidak perlu membayar kos rawatan di hospital kerajaan setakat ini, dia berkata, setiap bulan keluargany­a memerlukan hampir RM2,000 untuk membeli susu dan lampin pakai buang suaminya termasuk sewa rumah, bil api dan air serta perbelanja­an sekolah dua anaknya berumur 14 dan 17 tahun.

Siti Kartini berkata pendapatan­nya tidak menentu dengan hanya menjual kuihmuih, memperoleh­i sekitar RM600 hingga RM700 sebulan berbanding jumlah perbelanja­an yang diperlukan.

“Sekarang saya seorang sahaja yang bekerja jadi banyak benda yang perlu dibayar...macam dulu suami saya kerja bawa lori, sekarang dia dah tidak boleh bekerja. Memang kami dapat bantuan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia masih belum cukup,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i Siti Kartini di talian 011-31319110 atau menyalurka­n derma melalui akaun Bank Islam atas namanya bernombor 0201102104­4563. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia