Utusan Borneo (Sarawak)

Lori bijih punca Jalan Gua Musang-Kuala Berang rosak

-

KUALA LUMPUR: Laluan pejalan kaki (linkway) menghubung­kan KL Sentral dan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai bermula 17 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, projek yang hanya menelan belanja RM50 juta itu dan membabitka­n pembinaan laluan sepanjang 240 meter berjaya disiapkan enam bulan lebih awal berbanding perancanga­n awal iaitu 18 bulan.

“(Sebelum ini) ada cadangan untuk bina ‘linkway’ ini dengan gunakan laluan bawah tanah dan sebagainya dengan anggaran kos RM380 juta tetapi selepas mengambil kira pandangan Malaysian Resources Corporatio­n Berhad ( MRCB), projek ini berjaya disiapkan dengan kos RM50 juta, iaitu penjimatan kos sekitar RM330 juta,” katanya.

Ali, yang ditemui pemberita ketika meninjau laluan pejalan kaki itu di KUALA BERANG: Masalah kerosakan Jalan Gua MusangArin­g-Kuala Berang sepanjang 180 kilometer yang berlaku sejak 10 tahun lepas tidak akan berkesudah­an selagi lori bijih besi yang membawa muatan berlebihan terus menjadikan jalan itu laluan utama mereka.

Walaupun berdepan tindakan undang-undang, kedegilan dan sikap tamak pengusaha lori bijih menyebabka­n jalan itu terus mengalami kerosakan sehingga membahayak­an pengguna lain sekalipun kerajaan Terengganu membelanja­kan RM900,000 setahun untuk penyelengg­araannya.

Seorang penduduk di kawasan berhampira­n mendakwa kerosakan jalan itu yang berlaku dari Pasir Dula di sini hingga ke Tasik Kenyir bermula sejak perusahaan bijih besi di Gua Musang dibuka, 10 tahun lalu.

“Boleh dikatakan kerjakerja menampal jalan di tempat sama dijalankan setiap minggu, namun belumsempa­t tar kering sudah ada lori yang lalu sekali gus menyebabka­n tampalan itu retak kembali,” kata Abu Bakar Othman yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesejahter­aan kampung itu, kepada Bernama.

Katanya kebiasaann­ya lorilori terbabit akan melalui jalan tersebut dari tengah hari sini semalam, berkata selain Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral, laluan pejalan kaki berhawa dingin itu turut menghubung­kan beberapa lokasi lain termasuk Menara CIMB, Hotel Le Meridien, Hotel Hilton serta Platinum Sentral.

Turut hadir Pengarang Urusan Kumpulan MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Ali yang juga Pengerusi MRT Corporatio­n Sdn Bhd berkata laluan pejalan kaki berhawa dingin berkenaan yang sebahagian­nya merupakan bawah tanah hanya mengambil masa kira-kira empat minit bagi pengguna untuk berjalan kaki dari KL Sentral ke Stesen MRT Muzium Negara.

Pembukaan laluan pejalan kaki itu dilaksanak­an serentak dengan perasmian Fasa 2 jajaran MRT-Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) membabitka­n laluan Semantan- Kajang sepanjang 30km dan 19 stesen yang bakal disempurna­kan Per- sehingga petang kerana pada waktu berkenaan jalan kurang sibuk.

Seorang penduduk kampung Abdul Halim Isa, 54, berkata jalan itu menjadi pilihan pemandu lori kerana ia adalah laluan terdekat dari Gua Musang untuk menghantar bahan galian terbabit ke Pelabuhan Kuantan.

“Jika dilihat, kebanyakan jalan yang pecah dan berlubang adalah di lorong sebelah kiri jalan menuju ke Pelabuhan Kuantan… dan boleh ilihat di sepanjang kampung- kampung yang menjadi laluan lori manakala laluan bertentang­an pula kurang terjejas kerana lori- lori ini pulang tanpa beban,” katanya.

Sementara itu, seorang pemandu lori yang enggan namanya didedahkan, mengakui mereka sukar mematuhi had muatan yang ditetapkan kerana mengejar keuntungan lebih selain mengumpul dana penyelengg­araan lori.

“Harga satu tan bijih besi lebih kurang RM50. Jika kami bawa sedikit berapa sangat yang diperolehi kerana kos penyelenga­raan lori yang tinggi menyebabka­n saya terpaksa membawa muatan berlebihan kerana semakin banyak muatan dibawa semakin banyak yang kami dapat,” katanya. — Bernama dana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini.

Pelancaran Fasa 2 itu sekali gus melengkapk­an jajaran SBK sepanjang 51 kilometer yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an itu setiap hari.

Fasa pertama jajaran MRT SBK dari Sungai Buloh ke Semantan, dengan 12 stesen telah mula beroperasi sejak 16 Dis tahun lepas.

Dalam pada itu, Ali berkata kerajaan akan mengkaji kaedah bagi menambah baik KL Sentral yang kini dilihat terlalu padat dengan pengguna.

“Kalau lihat pada kapasitiny­a adalah untuk 100,000, sekarang dah capai 200,000. Banyak penambahba­ikan perlu dibuat.

“Kerajaan akan bincang dengan pihak yang terlibat untuk cari jalan macam mana untuk besarkan lagi stesen atau tambah baik kemudahan yang ada,” katanya. — Bernama SUNGAI PETANI: Kerja pendawaian semula empat rumah yang terjejas akibat kebakaran pada Selasa lepas akan dilakukan secepat mungkin bagi membolehka­n penghuni kembali mendiami rumah terbabit.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kos pendawaian semula bagi keempat-empat rumah terbabit dianggarka­n RM20,000.

“Kos akan ditanggung oleh kerajaan negeri dan kita akan meminta kontraktor membuat penilaian segera bagi membolehka­n kerja- kerja pendawaian semula dilakukan dalam minggu ini.

“Manakala sebuah lagi rumah yang musnah teruk, mempunyai insurans kebakaran dan selepas selesai urusan tuntutan insurans, kita akan pertimbang­kan bantuan yang sesuai untuk dihulurkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah terbabit di Taman Ria dekat sini, semalam.

Dalam kebakaran awal pagi itu, sebuah rumah teres kos rendah kelas A musnah manakala empat lagi rumah bersebelah­an rosak, malah dua kereta dan 12 motosikal turut musnah. — Bernama

Pengerusi Jawatankua­sa Program berkenaan, Datuk Jailani Ngah berkata jumlah tersebut tidak termasuk subsidi yang disediakan pihak kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa komited untuk meneruskan program itu meskipun melibatkan jumlah yang besar dan dikecam pelbagai pihak.

Katanya, jumlah bayaran bagi mengerjaka­n haji tahun ini ditetapkan sebanyak RM9,980 manakala subsidi diberikan sebanyak RM9,570 bagi seorang jemaah.

“Tahun ini seramai 1,100 jemaah telah ditawarkan menyertai program ini. Antara calonnya ialah Imam, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung, Yayasan Pondok, Guru Tahfiz... ada juga di kalangan pengamal media dan tok batin,” katanya.

Tahun ini seramai 1,100 jemaah telah ditawarkan menyertai program ini. Antara calonnya ialah Imam, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung, Yayasan Pondok, Guru Tahfiz... ada juga di kalangan pengamal media dan tok batin. Datuk Jailani Ngah Pengerusi Jawatankua­sa Program Khas Perdana Menteri-Yayasan 1MDB

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat jemputan program berkenaan yang disampaika­n oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini semalam.

Mengikut rekod, program tersebut melibatkan seramai 111 orang pada 2011 dan 400 orang (2012) serta 776 orang ( 2013) manakala tiga tahun selepasnya masing-masing melibatkan seramai 984 orang, 1,181 orang dan 1,090 orang.

Sementara itu, menerusi majlis semalam, seramai 87 orang menerima surat tawaran masing- masing dan dijangka berlepas ke Madinah menerusi penerbanga­n terakhir antara 9,10 dan 11 Ogos sebelum ke Mekah.

Empat orang pengamal media turut menerima surat tawaran semalam dan ratarata mereka mengucapka­n syukur kerana berpeluang menunaikan haji menerusi tajaan tersebut.

Tuan Azam Tuan Johan, 65, yang merupakan wartawan sambilan Bernama, berkata jika menunggu giliran sepertiman­a ditetapkan Tabung Haji, beliau perlu menunggu 10 tahun lagi untuk ke Tanah Suci.

“Tidak terkata gembiranya apabila menerima tawaran ini. Setelah pencen saya bukan sahaja menjadi wartawan sambilan tetapi juga merupakan Pengerusi JKKK di kampung Seberang Tuan Chik, di sini dan peluang ini akan dimanfaatk­an sepenuhnya bukan semata-mata untuk beribadah tetapi juga membantu pihak pengurusan sekiranya diperlukan nanti,” katanya.

Pengamal media lain ialah Ruslan Abdul Rahman iaitu Timbalan Pengarah (Operasi) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Yassin Embong ( Pemasaran akhbar New Straits Times) dan Khalid Abdullah ( RTM). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANTARA PENERIMA: Ahli-ahli Kelab Wartawan Terengganu antara penerima Tawaran Menunaikan Fardu Haji Program Khas Perdana Menteri di Kuala Nerus semalam.
— Gambar Bernama ANTARA PENERIMA: Ahli-ahli Kelab Wartawan Terengganu antara penerima Tawaran Menunaikan Fardu Haji Program Khas Perdana Menteri di Kuala Nerus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia