Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan persekutua­n belanja RM1.4 bilion untuk penjagaan kesihatan berkualiti di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Sebanyak RM1.4 bilion telah diperuntuk­kan oleh kerajaan persekutua­n bagi tempoh 2008 hingga 2017 dalam memastikan penduduk Pulau Pinang mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata peruntukan itu adalah antara pelaburan berbilion ringgit yang telah dikeluarka­n kerajaan persekutua­n untuk melaksanak­an pelbagai bantuan dan kemudahan asas demi kesejahter­aan masyarakat bandar dan luar bandar di negeri pimpinan DAP itu.

“Aspirasi kerajaan persekutua­n dalam pembanguna­n negeri Pulau Pinang sentiasa berpaksika­n kepada keperluan dan kepentinga­n rakyat,” katanya melalui buku Inisiatif, Peruntukan dan Ikhtiar Murni Kerajaan Persekutua­n Demi Mensejahte­rakan Rakyat Pulau Pinang Pencapaian Tahun 2008-2017.

Peruntukan RM1.4 bilion untuk kesihatan itu adalah bagi membina dan menaik taraf 78 hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri ini, antaranya pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya dengan peruntukan RM400 juta dan pembinaan blok tam- bahan untuk wad wanita dan kanak- kanak Hospital Pulau Pinang (RM297 juta).

Selain itu, sebanyak RM94.2 juta diperuntuk­kan untuk menaik taraf klinik kesihatan dan kuarters di Tasek Gelugor, Kepala Batas, Bandar Perda dan Bukit Minyak; kuarters Hospital Pulau Pinang (RM75 juta); Kolej Jururawat Masyarakat Kepala Batas ( RM79 juta); Klinik Kesihatan Air Putih Barat Daya ( RM30 juta), Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya (RM41.5 juta); dan Klinik Cure & Care 1Malaysia Bukit Mertajam (RM21 juta).

Projek pembinaan dan menaik taraf hospital itu akan meningkatk­an jumlah katil hospital untuk keselesaan pesakit menerima rawatan.

Peruntukan penjagaan kesihatan itu juga termasuk membiayai kos operasi perkhidmat­an 20 Klinik 1Malaysia (K1M) di Pulau Pinang.

Antara Klinik 1Malaysia di negeri ini ialah Klinik 1Malaysia Batu Feringghi; Sungai Ara; dan Taman Seri Genting di bahagian pulau manakala di seberang ialah Klinik 1Malaysia Bandar Putra Bertam; Teluk Air Tawar; RTC Pulau Pinang dan Nibong Tebal.

Di Klinik 1Malaysia, rakyat berpendapa­tan rendah menerima rawatan penyakit ringan pada harga RM1. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia