Utusan Borneo (Sarawak)

Ketangkasa­n Bravo punahkan harapan Portugal

Penjaga gol Chile itu menampan tiga cubaan Portugal untuk menang 3-0 dalam sepakan penalti

-

KAZAN: Claudio Bravo menjadi wira Chile kelmarin apabila mereka menewaskan Portugal 3-0 dalam penentuan tendangan penalti pada peringkat separuh akhir Piala Konfederas­i.

Penjaga gol Manchester City itu menyelamat­kan ketiga-tiga tendangan penalti dari Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani, manakala Arturo Vidal, Charles Aranguiz dan Alexis Sanchez menyempurn­akan tendangan penalti mereka bagi pasukan negara Amerika Selatan berkenaan.

“Kami berpuas hati dengan keputusan ini dan cara kami bermain, tetapi kami masih belum memenangi apa-apa,” kata Bravo, 34 tahun.

Chile mara ke peringkat akhir pada Ahad ini di St Petersburg untuk menentang Mexico atau Jerman, yang bertemu semalam di Sochi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

“Saya sangat bangga dengan pasukan ini. Claudio menyelamat­kan beberapa cubaan yang bagus untuk mengekalka­n cabaran kami,” kata jurulatih Chile Juan Antonio Pizzi.

“Dia memiliki keupayaan untuk meramalkan di mana pemain mereka akan menyasari tendangan mereka. Sekarang ia tidak penting pasukan mana yang akan kami tentang, kami hanya perlu pulih untuk perlawanan akhir.”

Portugal yang tewas akan berentap dalam perlawanan ‘play-off’ tempat ketiga pada Ahad di Moscow.

Chile hampir memenangi perlawanan kelmarin pada saat-saat akhir masa tambahan apabila cubaan Vidal dan pemain gantian Martin Rodriguez terkena palang gol manakala Portugal bertahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan tendangan penalti.

Kekalahan di Kazan pasti amat mengecewak­an bagi penyerang superstar Portugal, Cristiano Ronaldo.

Bintang Real Madrid itu, yang berdepan keraguan

Saya sangat bangga dengan pasukan ini. Claudio menyelamat­kan beberapa cubaan yang bagus untuk mengekalka­n cabaran kami.

Penjaga gol Chile, Bravo berjaya menangkap cubaan pemain Portugal, Nani pada penentuan sepakan penalti dalam kejohanan separuh akhir Piala Konfederas­i di Kazan Arena, Rusia. mengenai masa depannya di Sepanyol ketika dia bersiap sedia untuk menjawab dakwaan mengelak cukai di mahkamah Madrid pada bulan depan, memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan dalam ketiga-tiga perlawanan kumpulan.

Sebelum sepak mula di Kazan, pemain baharu Manchester City Bernardo Silva pulih daripada kecederaan kaki yang dia alami dalam kemenangan 4-0 ke atas New Zealand untuk menyertai barisan kesebelasa­n utama Portugal.

Dengan penggantun­gan Pepe, Jose Fonte berganding­an dengan Bruno Alves di posisi pertahanan tengah.

Di hadapan, penyerang AC Milan berusia 21 tahun Andre Silva berganding­an dengan Ronaldo, tetapi pasangan itu ternyata berjaya dikekang oleh pertahanan Chile.

Jurulatih Chile Juan Antonio Pizzi menurunkan pasukan sama yang seri 1-1 dengan juara dunia Jerman pada Khamis lepas manakala pemain pertahanan tengah Gary Medel dan pemain tengah Aranguiz pulih dari kecederaan.

Perlawanan bermula rancak yang menuntut keduadua penjaga gol menyelamat­kan gawang pada awal pertarunga­n.

Selepas hanya enam minit sahaja, Sanchez membuat hantaran yang cantik ke belakang barisan pertahanan, yang jatuh di hadapan Eduardo Vargas, tetapi penjaga gol Portugal Rui Patricio menyekat rembatan.

Di gawang lawan beberapa minit kemudian, hantaran lintang rendah Ronaldo membuka ruang bagi Andre Silva, tetapi Bravo mematahkan cubaan dari jarak dekat.

Aranguiz dua kali nyaris menjaringk­an gol dengan cubaan ke arah gawang Portugal dalam babak pertama dan ia perlawanan bertimbal-balik selepas waktu rehat.

Vargas dari pasukan Chile memaksa Patricio menyelamat­kan cubaan dengan satu lagi tindakan refleks, manakala Ronaldo merembat bola ke arah Bravo apabila Portugal menyerang balas dengan segera.

Kemudian cubaan jarak jauh Vidal terbang tinggi dan tersasar dari gawang Portugal.

Ronaldo melakukan ten- dangan percuma yang tinggi sedikit dan menyaksika­n rembatanny­a disekat ketika kedua-dua pasukan menyerang bertubitub­i, tetapi jaringan terus kosong dan perlawanan memasuki masa tambahan.

Rentak permainan terus rancak apabila pemain Portugal Andre Gomes nyaris menjaringk­an gol manakala Sanchez menanduk bola hantaran lintang oleh Mauricio Isla dari sebelah kiri yang tersasar dari tiang gol.

Joao Moutinho dimasukkan untuk menggantik­an tempat Adrien Silva, yang telah berusaha gigih di ba-

Juan Antonio Pizzi Jurulatih Chile

hagian tengah bagi Portugal, dalam babak pertama masa tambahan. Sejurus sebelum masa tamat, Chile menyaksika­n tuntutan penalti ditolak apabila pemain gantian Francisco Silva kelihatan seperti dikasari Fonte di kawasan penalti sebelum Vidal, dan kemudian Rodriguez, menggegark­an tiang gol Portugal. — AFP

 ??  ?? TANGKAS:
TANGKAS:
 ?? — Gambar AFP ?? APAKAN DAYA: Ronaldo memberikan reaksi kecewa selepas pasukannya tumpas 0-3 kepada Chile.
— Gambar AFP APAKAN DAYA: Ronaldo memberikan reaksi kecewa selepas pasukannya tumpas 0-3 kepada Chile.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia