Utusan Borneo (Sarawak)

Karsdorp beralih ke kelab AS Roma

-

MILAN: Pemain pertahanan antarabang­sa Belanda Rick Karsdorp menyertai kelab naib juara Serie A AS Roma kelmarin dengan kontrak selama lima tahun yang bernilai 14 juta euro ( RM67.2 juta) bagi kelab lamanya Feyenoord.

Karsdorp, 22 tahun, tiba di Rom pada Selasa lepas untuk pemeriksaa­n perubatan dan selepas menandatan­gani kontraknya kelmarin berkata: “Menyertai Roma adalah satu langkah yang hebat bagi saya.

“Saya datang ke sini dengan penuh semangat untuk bermain dan saya harap dapat mencapai impian saya. Saya tahu saya ada banyak ruang untuk memperbaik­i diri tetapi saya tidak sabar lagi mahu bermain untuk kelab bersejarah ini.”

Karsdorp memenangi Piala Belanda bersama Feyenoord pada 2016 dan pada musim lepas membantu kelab Rotterdam itu menamatkan penantian mereka selama 18 tahun bagi memenangi kejuaraan liga Belanda.

“Roma gembira untuk mengumumka­n pembelian Rick Karsdorp dari Feyenoord dengan bayaran sebanyak 14 juta euro (RM67.2 juta), campur penambahan sehingga maksimum lima juta euro (RM24 juta),” kelab Itali itu, naib juara sebanyak sembilan kali sejak kejuaraan Serie A terakhir mereka pada 2001, menyebut dalam satu kenyataan.

“Kontrak pemain yang dilahirkan pada 1995 itu tamat pada 2022.”

Roma mendapat tempat automatik dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang dan berharap untuk mengukuhka­n pasukan bagi kempen baharu untuk memenangi pertanding­an itu ekoran kegagalan untuk layak bagi peringkat kumpulan pada musim lepas.

Bagaimanap­un kelab ibu kota itu, yang dibimbing oleh bekas pengurus Sassuolo, Eusebio Di Francesco, ada beberapa isu perpindaha­n itu diselesaik­an.

Pengarah sukan kelab baharu Monchi baru-baru ini menyelia penjualan pemain sayap Mesir Mohamed Salah kepada Liverpool dengan jumlah yang dilaporkan 39 juta euro (RM187.2 juta).

Dia juga dilaporkan bersetuju untuk menjual Kostas Manolas kepada Zenit Saint Petersburg, tetapi perpindaha­n pemain pertahanan Greece itu dipercayai menghadapi masalah kelmarin kerana dia enggan dibayar dengan matawang ruble. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia