Utusan Borneo (Sarawak)

Parker menggantun­g kasut bolanya

-

LONDON: Bekas pemain tengah West Ham United dan England Scott Parker mengumumka­n persaraann­ya kelmarin.

Parker memulakan kariernya di Charlton Athletic sebelum dia bermain untuk Chelsea, Newcastle United, West Ham, Tottenham Hotspur dan Fulham dalam karier yang menjangkau dua dekad.

Pemain berusia 36 tahun itu memenangi Piala Liga pada 2004-05 ketika bersama Chelsea dan dipilih sebanyak 18 kali untuk mewakili England.

Dia dipilih sebagai Pemain Terbaik Penulis Bola Sepak pada 2011 ketika dia bermain di West Ham.

“Keputusan untuk bersara tidak mudah bagi saya tetapi selepas berfikir panjang mengenainy­a, saya percaya sekarang adalah masa yang sesuai untuk membuka lembaran baharu dalam kehidupan dan karier saya,” Parker menyebut dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n kepada Sky Sports.

“Ketika saya memulakan karier saya di Charlton Athletic bertahun-tahun yang lalu, saya hanya dapat bermimpi sahaja ketika itu apa yang menyusul dalam tempoh dua dekad seterusnya.

“Saya rasa amat berbesar hati dan bangga kerana menikmati karier yang saya miliki dan saya amat menyukai setiap saat daripadany­a.”

Parker membuat 31 penampilan bersama Fulham pada musim lepas, dan tugasan profesiona­l terakhirny­a adalah ketika dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua dalam kemenangan 2-1 mereka di Sheffield Wednesday pada hari terakhir musim Championsh­ip. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia